Media Sosial

 

Kuala Lumpur, 10 Mei 2024, 12:00 – MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil, telah menegaskan kepentingan untuk bersederhana ketika mengutarakan sokongan atau pendapat di media sosial.

Pesanan ini bertujuan untuk mencegah munculnya kebencian yang tidak diingini, khususnya berkenaan isu yang melibatkan pemain bola sepak kebangsaan.

Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, menyatakan bahawa langkah ini perlu diterapkan secara konsisten untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini terhadap pemain bola sepak tempatan.

Dalam satu sidang media, beliau mengingatkan peminat bola sepak agar tidak melangkaui batas undang-undang dan berkelakuan secara wajar.

“Sebagai peminat bola sepak negara, kita perlu memastikan tindakan kita berada dalam batas undang-undang. Kita semua ingin menyaksikan permainan yang berkualiti dan mengelakkan sebarang insiden negatif terhadap pemain bola sepak,” katanya.

Beliau menyampaikan maklumat ini berikutan laporan terkini bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap individu yang didakwa menyebarkan kebencian terhadap beberapa pemain bola sepak kebangsaan di media sosial.

Menurut laporan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, telah mengesahkan bahawa beberapa hantaran di media sosial yang menyerang secara peribadi pemain bola sepak telah menimbulkan kebimbangan. Kegiatan ini berpotensi menimbulkan suasana kebencian yang melampau dan tidak boleh dipandang ringan.

Beberapa insiden terbaru menunjukkan serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan yang mengakibatkan kecederaan serius.

Pada 2 Mei lalu, pemain Akhyar Rashid mengalami kecederaan akibat kejadian samun di Terengganu. Manakala pada 5 Mei, Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali, menyebabkan kecederaan melecur tahap empat.

Selain itu, pada hari semalam, cermin kereta bekas ketua pasukan, Safiq Rahim, dipecahkan oleh pihak yang tidak dikenal di kawasan latihan Johor Darul Tazim (JDT), Johor Bahru.

Pesanan Fahmi Fadzil ini merupakan peringatan penting untuk semua pengguna media sosial agar bertindak dengan lebih bijaksana dan menghormati had undang-undang, demi memastikan suasana yang harmoni dan selamat dalam sukan bola sepak negara.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

JPJ tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK