TLDM

 

Kuala Lumpur, 23 APRIL 2024, 12:00 – SEPULUH anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan terkorban dalam insiden pertembungan dua helikopter sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Mereka yang terkorban dari helikopter HOM-AW139 adalah Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, BM TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia Rohna.

Dari pesawat Fennec pula, mereka yang dikenal pasti adalah Kdr Muhamad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM dalam kenyataannya mengesahkan bahawa sepuluh anggota tersebut meninggal dunia akibat pertembungan di udara yang berlaku pada pagi tadi semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sekitar jam 9.32 pagi.

Kejadian tragis ini melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM. Insiden ini mengakibatkan kematian tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

TLDM juga mengumumkan penubuhan Lembaga Siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. Mereka turut memohon kepada orang ramai agar tidak menularkan video insiden tersebut demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan memudahkan proses penyiasatan.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Giatmara Bagan Datuk Dinaik Taraf Sebagai Malaysia-China Institute