Buaya

 

Kuala Lumpur, 19 APRIL 2024, 12:00 – PADA hari Rabu, sekumpulan nelayan berdepan cabaran getir selama sejam untuk menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih satu tan di Pantai Siring, Kampung Pulai.

Menurut Mohd Amin Mohd Yatim, 50, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10.15 pagi ketika beliau bersama isterinya, Norizah Abdul, 54, sedang menjaring ikan di pantai tersebut. Mereka terkejut apabila mendapati reptilia sepanjang kira-kira 4.5 meter muncul tidak jauh dari pesisir pantai.

Bimbang dengan situasi tersebut, Mohd Amin segera menghubungi beberapa rakan nelayan lain. Mereka kemudian bergerak bersama ke arah laut untuk menangkap buaya tersebut.

“Kami berada kira-kira enam meter dari pantai, jadi kami bekerjasama untuk menarik buaya itu ke darat. Buaya tersebut bertindak agresif sehingga ekornya cedera akibat melibas sampan nelayan,” katanya.

Mohd Amin yang telah berpengalaman lebih 30 tahun turun ke laut berkata, kehadiran reptilia di pantai itu dipercayai sudah lebih setahun, namun saiz buaya yang sering dilihat tidak sebesar yang berjaya ditangkap kali ini.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika pihaknya tiba di lokasi, buaya tembaga tersebut telah diikat pada bahagian ekor dan mulut oleh nelayan.

“Kami menggunakan jentera lori BBP Ayer Keroh untuk membawa buaya tersebut sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Gunung Ruang meletus: MAS, AirAsia Batalkan Penerbangan KLIA Ke Sabah, Sarawak