Lauluan Mutiara

 

Kuala Lumpur, 01 APRIL 2024, 16:00 – KERAJAAN Persekutuan kini secara rasmi mengambil alih projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada pihak kerajaan negeri, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke menjelaskan bahawa keputusan ini diambil selepas Jemaah Menteri meluluskan cadangan pembangunan projek tersebut pada minggu lepas (22 Mac).

“Secara rasmi, kerajaan telah memutuskan untuk melantik MRT Corp, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek ini.

“Pelaksanaan projek ini akan dilakukan melalui tender terbuka dan perolehan akan dibahagikan kepada tiga komponen utama,” jelasnya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau menambah bahawa tiga komponen utama tersebut adalah kontrak untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1, yang melibatkan jajaran dari Pulau Silikon ke Komtar; kontrak untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2, iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral; serta kontrak ‘turnkey’ bagi kerja-kerja sistem dan stokereta secara bina-selenggara-pindah (BMT).

KREDIT – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

‘Pejuang isu Palestin di Malaysia terima ugutan warga Israel’