Komanwel 2026

 

Kuala Lumpur, 24 MAC 2024, 12:00 – KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menolak tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Keputusan ini diambil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini, di mana semua aspek penganjuran dan implikasi telah dikaji secara menyeluruh.

Delegasi dari CGF telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk menerangkan tawaran mereka yang juga dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 5 Februari 2024.

KBS mengesahkan bahawa mereka menerima keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri tersebut. Dalam mesyuarat itu, dibincangkan bahawa tawaran CGF sebanyak £100 juta (RM603 juta) dianggap tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan penganjuran acara sukan besar ini.

Tambahan pula, kesan ekonomi yang mungkin timbul dari penganjuran ini sukar untuk diukur dalam tempoh masa yang singkat.

Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas tawaran tersebut, namun pada masa ini, kerajaan memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sukan serta kesejahteraan rakyat.

Malaysia ditawarkan untuk menjadi tuan rumah selepas Victoria, Australia, menarik diri dengan alasan kos penganjuran yang meningkat dari anggaran awal AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta (RM1.17 bilion) kerana melanggar kontrak, tidak dapat menganjurkan acara tersebut pada tarikh yang ditetapkan, iaitu 17-29 Mac 2026.

Daripada 74 negara dan wilayah yang merupakan ahli Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), hanya beberapa negara seperti England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India, dan Malaysia (1998) pernah menganjurkan temasya ini.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Aidilfitri Sebulan Gaji