Kuala Lumpur, 23 MAC 2024, 12:00 – MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, baru-baru ini mengumumkan pemberian bantuan kewangan khas bersempena Hari Raya Aidilfitri, yang akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri. Bantuan tersebut akan diberikan sebanyak sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.
Menurut beliau, bantuan ini akan melibatkan penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), serta penjawat awam persekutuan yang mempunyai lantikan tetap dan berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.
Di samping itu, pemimpin komuniti seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS), dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) juga akan menerima bantuan khas berbentuk elaun selama sebulan.
Untuk penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak, dan bilal yang bertugas di semua masjid serta guru rakyat yang bekerja di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mereka akan menerima bantuan khas sebanyak RM500.
Amirudin turut memaklumkan bahawa bantuan kewangan ini, yang melibatkan kos keseluruhan sekitar RM45 juta, akan disalurkan pada 8 April nanti.
Krredit – Bernama
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Peminjam PTPTN Diseru Rebut Peluang Insentif Diskaun Bayaran Balik