
Kuala Lumpur, 11 MAC 2024, 12:00 – KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil inisiatif dengan mengarahkan 1,000 anggota penguat kuasa untuk menjalankan operasi pemeriksaan terhadap tahap kebersihan dan kualiti makanan yang dijual di Bazar Ramadan seluruh negara.
Operasi ini, yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, diharapkan dapat memastikan pematuhan semua peraturan pemakanan sihat oleh para peniaga bazar Ramadan.
“Kita akan melancarkan Ops Bazar Ramadan serentak di seluruh negar bermula 1 Ramadan ini.
“Operasi tersebut turut melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” di Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini hari ini.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati dalam pemilihan hidangan berbuka puasa yang akan dibeli di bazar Ramadan.
Pengguna perlu mengamalkan kaedah perhati, pilih, lihat, dan hidu. Pastikan untuk hanya membeli makanan dari gerai yang menunjukkan standard kebersihan yang tinggi.
“Kita juga menyediakan kod respons pantas (QR) di setiap bazar Ramadan bagi memudahkan pengunjung membuat aduan berkaitan kualiti makanan dan kebersihan di kawasan masing-masing.
“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR disediakan untuk mengemukakan aduan dan tindakan pantas akan diambil KKM,” katanya.
Dengan langkah-langkah ini, KKM berharap dapat memastikan semua pihak terlibat, dari peniaga hingga pengguna, bersama-sama menjaga standard kebersihan dan kualiti makanan semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>