Tokoh Wanita

 

Kuala Lumpur, 09 MAC 2024, 12:00 – SERAMAI 100 tokoh wanita cemerlang akan dipilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM50,000 masing-masing dalam usaha memperkasakan program pembangunan wanita.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa berucap dalam majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Putrajaya.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemilihan tokoh-tokoh ini akan dijalankan melalui kaedah yang ditentukan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau menekankan bahawa langkah ini diambil untuk memberi sokongan kepada wanita-wanita berkebolehan yang ingin menjalankan program pembangunan di pelbagai bidang.

“Dalam 100 wanita ini, kita akan berikan dana khas supaya dengan dana ini mereka boleh memanfaatkan sama ada mengadakan kegiatan, kumpulan yang tidak semestinya terikat pada parti atau persatuan.

“Tetapi, dengan insiatif mereka pemimpin masyarakat atau politik menggunakan dana ini sebagai kesempatan, wahana untuk mencari jalan meningkatkan kegiatan, idea dan saranan wanita,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Anwar berkata, sekiranya langkah itu memperoleh kejayaan jumlah dana dan penyertaan tersebut akan dipertingkatkan menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Nancy berkata, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan mengenai kriteria-kriteria yang layak untuk menerima dana tersebut.

“Kita akan mesyuarat dahulu, sebab kita tidak sangka pengumuman malam ini. Maka, kita perlu balik kepada kementerian untuk menentukan mekanisme dan juga kriteria yang layak menerima,” katanya.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

DBKL terima hampir 10,000 permohonan Program MySchoolBus@Wilayah