Kuala Lumpur, 04 Mac 2024, 16:00 – KEMAJUAN dalam bidang perubatan, terutamanya dalam perkhidmatan kardiologi, telah menjadi fokus utama di beberapa hospital kerajaan, termasuk Hospital Serdang. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap Institut Jantung Negara (IJN) dan menyediakan akses rawatan yang lebih luas kepada pesakit.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menegaskan keperluan penambahbaikan perkhidmatan di Hospital Serdang supaya lebih banyak pesakit dapat menerima rawatan di pusat tersebut.
“Lagipun, perbandingan akan dibuat sebab saya tengok ada komen yang mengatakan bahawa ya kita dah stabil, ahli keluarga saya discaj dari IJN dan dihantar semula kepada hospital kerajaan tapi dia kata perkhidmatan tahap lain. Sudah tentu lain.
“Oleh itu, kita harap mungkin bukan hanya di Serdang tetapi di hospital lain juga tahap perkhidmatan itu dapat ditingkatkan supaya tiada jurang yang terlalu besar antara IJN dengan hospital kerajaan yang biasa,” katanya.
Dalam satu sesi podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, Khairy menjelaskan bahawa IJN sedang dalam proses discaj pesakit dari kalangan kakitangan awam dan pesara susulan langkah penjimatan oleh kerajaan.
Namun, beliau menekankan bahawa pesakit yang stabil akan discaj daripada IJN dan dirujuk atau dihantar kepada hospital kerajaan.
Tambah beliau, bagaimanapun KKM telah pun menjelaskan adalah apabila pesakit dalam keadaan stabil mereka akan discaj daripada IJN dan akan dirujuk ataupun dihantar kepada hospital kerajaan.
“Memang kalau dirujuk kepada IJN kita akan bayar.
“Sebab itu, pada zaman saya jadi Menteri Kesihatan, kita ada membuka Pusat Kardilogi di Hospital Serdang. Ia setanding dengan IJN tetapi perlu tambah lebih ramai pakar untuk kita buka pusat dan blok baharu,” jelasnya.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>