Kuala Lumpur, 03 Mac 2024, 21:00 – AHLI Parlimen Cameron Highland, Ramli Mohd Noor, yang merupakan Ahli Parlimen Orang Asli pertama, telah memberikan amaran dan dorongan kepada masyarakat Orang Asli untuk mengubah gaya hidup mereka demi meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi.
Beliau menyeru agar mereka mengurangkan aktiviti hiburan yang berlebihan dan mengelakkan daripada terlibat dalam amalan negatif yang dapat merugikan masa depan mereka.
Ramli mengakui keunikan seni budaya Orang Asli yang tinggi, tetapi juga menekankan kepentingan menetapkan batasan dalam setiap tindakan.
“Ketagihan alkohol…(minum arak) ini ada dalam budaya kami, kepala otak dia… tidak ada wujud budaya (minum) arak (dalam kalangan Orang Asli) di Semenanjung.
“Kurangkanlah berhibur… Orang Asli seni cukup hebat… (tetapi) berhibur hadkanlah sampai jam 10 malam… jangan sampai esok pagi, Tok Batin saya harap nasihatkanlah,” katanya ketika sesi pembentangan pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Pusat Perdagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sementara itu, Ramli menggesa supaya Orang Asli keluar daripada kepompong sebagai bangsa yang malas dan hanya mengharapkan subsidi kerjaan.
Katanya, Orang Asli perlu mencontohi kemajuan Orang Melayu yang kini jauh ke hadapan berbanding mereka.
“Aktiviti negatif kurangkan, jangan jadi satu bangsa yang malas bangsa yang harapkan subsidi, kita kena berubah.
“Orang Melayu dulu rumah mereka macam rumah Orang Asli…(tetapi) sekarang Orang Melayu di mana, adik kita itu… kita kena berubah dan perkara utama adalah pendidikan,” katanya.
Transformasi positif ini diharapkan dapat membawa ke arah kesejahteraan dan perkembangan yang lebih baik untuk komuniti Orang Asli.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan: Shopee, Lazada mula kenakan caj tambahan