Kuala Lumpur, 03 Mac 2024, 16:00 – DALAM menyusul kenaikan Cukai Perkhidmatan (CP) dari enam kepada lapan peratus, Shopee dan Lazada Malaysia telah memperkenalkan caj tambahan untuk pembelian barangan dalam talian. Tarikh pelaksanaan cukai baru telah berkuat kuasa, dan kedua-dua platform perdagangan dalam talian utama ini turut terjejas.
Shopee mengenakan caj tambahan yang dikenali sebagai ‘Kos Penghantaran SST’. Caj ini dikenakan kepada pengguna semasa melakukan pembelian di platform e-dagang ini.
Shopee menjelaskan bahawa caj tersebut dikira berdasarkan Jumlah Kos Penghantaran selepas ditolak diskaun.
Lazada Malaysia juga mengumumkan langkah serupa dengan mengimplementasikan kenaikan CP pada hari yang sama.
Caj perkhidmatan ini akan merangkumi yuran transaksi, yuran komisen penggunaan Lazada, dan sebarang yuran yang berkaitan dengan program promosi oleh penjual tertentu. Ini menjadikan setiap transaksi dalam Lazada turut terkesan oleh kenaikan cukai perkhidmatan yang baru.
Kenaikan CP untuk kebanyakan perkhidmatan, termasuk perkhidmatan digital berpangkalan di luar negara, bermula pada 1 Mac 2024.
Pengecualian diberikan kepada perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, serta perkhidmatan parkir kenderaan pada masa ini.
Tarikh pelaksanaan ini menandakan satu perubahan penting dalam struktur cukai, mencerminkan usaha kerajaan untuk meningkatkan kestabilan kewangan negara dan mengurangkan defisit belanjawanya.
Kenaikan Cukai Perkhidmatan telah membawa impak yang nyata kepada platform perdagangan dalam talian seperti Shopee dan Lazada Malaysia.
Pengguna kini perlu memberi perhatian kepada caj tambahan yang dikenakan semasa membuat pembelian dalam talian. Sementara kerajaan berusaha untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara, pengguna dan peniaga juga perlu menyusun semula strategi kewangan mereka untuk menghadapi perubahan dalam landskap cukai yang semakin mencabar.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>