
Kuala Lumpur, 01 MAC 2024, 12:00 – BERKUATKUASA hari ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah meningkat kepada 8 peratus, berbanding dengan 6 peratus sebelum ini.
Keputusan peningkatan kadar SST ini telah diumumkan semasa Pembentangan Bajet 2024 pada bulan Oktober yang lalu, sebagai sebahagian daripada langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.
Walaupun kadar baharu ini memberi kesan kepada pelbagai sektor ekonomi, perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, serta tempat letak kereta masih terkecuali daripada kenaikan ini.
Langkah ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam usaha untuk terus menjana pendapatan bagi negara, sekaligus memberi sokongan kepada projek pembangunan dan kemajuan ekonomi.
Walau bagaimanapun, keputusan pengecualian bil air dan elektrik daripada kenaikan masih belum dimuktamadkan, membiarkan rakyat menantikan keputusan lanjut berkenaan perkara ini.
Peningkatan kadar SST ke 8 peratus dijangka akan memberi dorongan kepada hasil kutipan kerajaan.
Pada tahun lalu, Malaysia hanya berjaya mengutip kurang daripada RM30 bilion hasil cukai, menempatkannya sebagai antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara.
Nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah pada kadar 11.8 peratus.
Dengan pelaksanaan kadar SST yang baru, Kementerian Kewangan telah menganggarkan tambahan hasil sebanyak RM3 bilion pada tahun depan. Ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kestabilan kewangan negara dan mencapai matlamat jangka panjang dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>