Lalai

 

Kuala Lumpur, 29 Februari 2024, 21:00 – SEPASANG suami isteri yang terlibat dalam kejadian tragis di mana mereka didakwa membancuh susu anak berusia 16 bulan menggunakan cecair syabu.

Tertuduh wanita berusia 34 tahun telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut, sementara suaminya yang berusia 40 tahun pula mengaku tidak bersalah. Pertukaran pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh, dan mahkamah menetapkan tarikh 13 Mac ini bagi fakta kes dan hukuman.

Wanita tersebut mengakui kesalahannya dengan berkata, “Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja memberi minum susu yang mengandungi dadah pada anak saya.” Namun demikian, keputusan mahkamah masih menunggu.

Pasangan itu melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka dengan memberi minum air susu bercampur air yang mengandungi dadah methamphetamine (syabu) sehingga menyebabkan mangsa mengalami ‘allegedsympathomimetic drug ingestion’.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Taman Medan di sini pukul 6 petang pada 19 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, mencadangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap tertuduh, dengan syarat tambahan agar mereka melaporkan diri di balai polis setiap bulan atau mematuhi syarat lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Tertuduh wanita, yang tidak diwakili oleh seorang peguam, merayu untuk mengurangkan jumlah ikat jamin kerana dia tidak bekerja, dan anak-anaknya masih memerlukan penjagaan di rumah.

Sementara itu, tertuduh lelaki yang merupakan peniaga air balang pula merayu perlu menangung anak-anak yang masih bersekolah, termasuk menjaga ibu bapanya.

Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Hakim Syahliza membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Selepas mendengar permohonan dari semua pihak, Hakim Syahliza memutuskan bahawa setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Mereka juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi-saksi sehingga kes ini selesai.

Mahkamah menetapkan 13 Mac ini sebagai tarikh untuk fakta dan hukuman bagi tertuduh wanita, sementara tarikh sebutan semula kes bagi suami wanita tersebut juga ditetapkan pada hari yang sama.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

8 Peratus SST Untuk Penggunaan Elektrik Lebih 600kWj