SST Elektrik

 

Kuala Lumpur, 29 Februari 2024, 16:00 – Perkhidmatan elektrik di bawah 600 Kilowatt-jam (kWj) dan bekalan air sebelum ini telah dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, sebagai tindak balas kepada pertanyaan beberapa pihak yang merisaukan pengecualian hanya diberikan kepada sektor telekomunikasi dalam peningkatan SST.

Dalam kenyataan yang sama, Fahmi juga berkongsi gambar rajah mengenai peningkatan SST yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac ini.

Melalui poster itu, diberitahu bahawa peningkatan SST sebanyak dua peratus tidak akan merangkumi keperluan asas rakyat seperti makanan dan minuman, bayaran tempat letak, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, serta logistik.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada bulan Oktober tahun lalu, mengumumkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Smartlane Mengelirukan, Boleh Sebabkan Orang Bergaduh