Kuala Lumpur, 23 Februari 2024, 21:00 – MALAYSIA berada di landasan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam pengurusan bencana, dengan mengambil inspirasi dari Jepun. Pendekatan ini merangkumi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya untuk menangani isu banjir yang kerap melanda negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, menyatakan bahawa pendekatan ini terbukti berkesan dalam menangani isu bencana alam, terutamanya dalam jangka masa panjang.
Beliau menegaskan bahawa usaha ini akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
“Saya berpendapat pengalaman berada di Osaka ini satu pengalaman perlu bagi kita menyediakan rancangan jangka panjang supaya masalah banjir dapat diurus dengan baik.
“Untuk mengatasi masalah banjir ini bukan sahaja mengenai soal kebajikan kepada mangsa banjir tetapi soal bagaimana pengairan, pengaliran dan juga tebatan banjir harus dilakukan bersama-sama teknologi yang baharu,” katanya.
Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun berkata demikian kepada media Malaysia selepas mendengar taklimat mengenai pengurusan bencana di Osaka.
Ahmad Zahid menekankan bahawa pengalaman dan kaedah yang diperoleh dari pihak berkuasa tempatan di Osaka dapat diaplikasikan di Malaysia, termasuk dalam pembinaan tebatan banjir dan pemasangan pam penyedut air dengan kapasiti besar yang telah dilaksanakan di sana sejak 45 tahun yang lalu.
“…dan permasalahan jangka panjang penyelesaian mesti dilakukan ketika kos untuk pemasangan dan juga pembaikan serta mengubah suai dan menaik taraf ini.. ketika kos yang tidak terlalu tinggi berbanding apabila ia dilakukan untuk 30 tahun atau 50 tahun mendatang,” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid menyatakan niatnya untuk berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, untuk mengkoordinasikan usaha mitigasi yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko bencana di Malaysia.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Jakim Siasat Dakwaan Lelaki Keturunan Nabi, Jangan Terlalu Taksub