Mawla

 

Kuala Lumpur, 23 Februari 2024, 16:00 – JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan tegas menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri atau kumpulan tertentu.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan komitmen ini dan menekankan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam, terutamanya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk menyiasat perkara-perkara yang berkenaan.

“Semua pihak adalah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan apa-apa urusan berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam.

“Kita juga menyeru semua pihak sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taksub.

“Ketaksuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat, sikap taksub akan mengakibatkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang lelaki yang mendakwa sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’, yang mengaku memiliki jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Lelaki tersebut dilaporkan pernah mengunjungi negara ini dua tahun lalu atas anjuran sebuah madrasah. Madrasah ini turut terlibat dalam kes salah laku yang membabitkan mudirnya memukul pelajarnya.

PDRM telah mula memantau lelaki tersebut susulan laporan media mengenai aktivitinya, termasuk upaya pengumpulan dana awam secara tidak sah dan percubaan membentuk sebuah perkampungan yang dikenali sebagai ‘Kerajaan 9’ di Melaka sebagai persiapan akhir zaman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa PDRM sedang menjalankan pemantauan terhadap pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya, termasuk madrasah yang beroperasi di Selangor. Langkah tegas diambil untuk memastikan kesucian agama terpelihara dan masyarakat terhindar dari penyalahgunaan kepercayaan agama.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk