Bandar Hilir

 

Kuala Lumpur, 22 Februari 2024, 21:00 – LAUNGAN merdeka kembali bergema di Banda Hilir,Melaka, memperingati peristiwa bersejarah Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang mengusir penjajah dari Padang Banda Hilir pada tarikh 20 Februari 1956.

Sambutan ini menjadi penuh bersejarah kerana merupakan perayaan pertama setelah 68 tahun pengumuman kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

Perarakan dimulai dari Bangunan Merah Stadhuys menuju Dataran Memorial Kemerdekaan, ditempuh sejauh 600 meter dengan sebuah kereta antik bernombor pendaftaran M4442, yang dinaiki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kenderaan Nash Rambler Custom jenis ‘convertible’ buatan 1951 tersebut pernah membawa Tunku Abdul Rahman dan wakil Sultan Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, pulang dari London ke Padang Banda Hilir pada 20 Februari 1956.

Sebaik tiba di pentas utama dataran berkenaan, Anwar, yang melakonkan watak Tunku Abdul Rahman, membuat pemeriksaan barisan pemuda sebelum Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran, yang bertindak sebagai Tun V.T. Sambanthan, mengalungkan bunga malai kepada Anwar sambil diperhatikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang melakonkan watak Setiausaha Agung MCA Tun Tan Cheng Lock.

Sambutan dilanjutkan dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Acara Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Ghafar Baba, yang dimainkan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ab Rauf, yang menggambarkan watak Datuk Panglima Bukit Gantang.

Laungan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali kemudiannya bergema sejurus Anwar, yang memegang watak Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Kemerdekaan bagi memperingati sambutan ulang tahun pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Keris Sapukal, yang merupakan keris sebenar pernah dipegang oleh Tunku Abdul Rahman semasa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu turut diserahkan kepada Anwar oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin yang memegang watak Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Melaka pada 1956 iaitu Zainab Samdin.

Sambutan diteruskan dengan Malam Aneka Warna yang menampilkan persembahan teater muzikal bertajuk “Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baharu” yang mempersembahkan babak-babak menarik dari bermulanya Jepun menjajah Tanah Melayu sehinggalah detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kira-kira 1,500 peserta terbabit dalam perarakan dan Malam Aneka Warna itu membabitkan anggota pasukan badan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar serta parti politik.

Walaupun pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu berlaku di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 31 Ogos 1957, Melaka mengumumkan 20 Februari sebagai cuti umum negeri bermula tahun ini.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Ali Puteh Lunas Hutang Rm75,486 Pada Hidayah