Ali Puteh

 

Kuala Lumpur, 22 Februari 2024, 16:00 – ALI Puteh berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.

Menerusi video siaran langsung di aplikasi TikTok, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata semoga tiada lagi timbul sebarang dakwaan berkaitan urusan hutang berkenaan selepas ini.

“Saya harap dengan selesainya urusan hutang ini tiada lagi sebarang dakwaan yang timbul tentang perkara ini,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Ali berkata, dia juga menyerahkan surat akaun penerimaan berkaitan wang yang diserahkan kepada Hidayah yang turut ditandatangani bekas kakak iparnya itu.

Menurutnya, dia juga berharap Hidayah dan keluarganya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan dirinya dan keluarga.

“Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Walaubagaimanapun, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh pada Isnin disebabkan faktor keselamatan.

Perkara tersebut dijelaskan peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah.

Jelas Ibrahim, anak guamnya itu telah menghubunginya sebaik Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang dan membawa wang tunai berjumlah RM75,000.

“Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada beliau boleh mengambil RM75,000 tersebut.

“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Encik Ali membayar wang tersebut secara tunai tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.

“Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumah Puan Hidayah dan wang tersebut tidak boleh dimasukkan sehingga keesokan hari di dalam bank,” ujarnya.

Justeru atas faktor keselamatan, Ibrahim telah mencadangkan agar wang itu dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.

“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Encik Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.

Terdahulu, Ali dilaporkan terpaksa menjual kereta jenis Honda Accord dan motosikal RXZ merah miliknya bagi mengumpul wang untuk menjelaskan hutang kepada bekas kakak iparnya, Nor Hidayah.

Pada masa sama, dia juga turut menjual trofi kemenangan dalam program TV yang pernah disertai termasuk program Maharaja Lawak Mega.

Pada Mei 2020, Norhidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu dalam akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Kes itu berpihak pada Hidayah dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 selepas dua hari mengalami demam.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Tiada Dana Untuk Hak Eksklusif Konsert Antarabangsa