Dana Konsert

 

Kuala Lumpur, 22 Februari 2024, 12:00 – KEMENTERIAN Komunikasi tidak bercadang menyediakan sebarang bentuk dana bagi menarik minat artis antarabangsa menganjurkan konsert di negara ini.

Sebaliknya Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya berperanan memudahkan proses permohonan penganjuran konsert di bawah Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Sebagai contoh, pada tahun lalu, bagi konsert Muse yang mana penganjur sudah ‘black out’ di sebahagian Asia dan hanya mengadakannya di Kuala Lumpur tanpa dana kerajaan.

“Kebanyakan acara ini adalah antara syarikat swasta yang menandatangani kontrak perjanjian untuk membawa masuk hak eksklusif bagi penganjuran acara tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini pada Selasa.

Menurut beliau, sekiranya proses permohonan itu dapat dipermudah, ia akan menjadi satu daya tarikan kepada penganjur.

“Pada waktu ini kita terima aduan iaitu mengambil masa yang lama untuk pengesahan dan kebenaran

“Jadi saya akan lihat dalam bidang kuasa kementerian bagaimana boleh untuk mengurangkan tempoh masa itu,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Singapura memperuntukkan AS$2 juta hingga AS$3 juta atau bersamaan RM9.56 juta hingga RM14.34 juta untuk mendapatkan hak esksklusif penganjuran konsert Taylor Swift’s The Eras Tour.

Langkah itu bagi merancakkan ekonomi dan industri tempatan negara tersebut. Konsert berkenaan dijadual berlangsung pada 2 hingga 9 Mac depan dengan kapasiti 55,000

tempat duduk Stadium Nasional Singapura habis terjual.

Fahmi berkata, sekiranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhasrat menyediakan dana itu seperti Singapura, ia tertakluk kepada kementerian berkenaan.

Kementerian berasakan ia lebih kepada memudahkan proses permohonan jawatankuasa Agensi Permohonan, Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara.

Sebelum ini, ia mengambil masa lama untuk mendapatkan pengesahan dan kelulusan jadi dalam bidang kuasa kementerian kita kurang tempoh masa itu.

“Sekiranya proses itu dipermudahkan, ia akan menjadi daya tarikan kepada penganjur untuk mengadakan konsert di negara ini,” katanya

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Empat Kawah Pusaran Air Dasar Laut Bahayakan Pengunjung Pantai Batu Burok – Bomba Terengganu