Kuala Lumpur, 17 Februari 2024, 16:00 – MALAYSIA berada di tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara yang memiliki jumlah individu yang masih belum berkahwin yang tinggi.
Menurut SeaAsia Stats, Malaysia menduduki tempat ketiga dengan jumlah individu bujang sebanyak 44.68 peratus.
Individu bujang merujuk kepada mereka yang belum berkahwin, bercerai, berpisah, atau menjadi balu.
Dalam carta yang melibatkan 11 negara Asia Tenggara, Malaysia memiliki peratusan 44.68, diikuti oleh Brunei dengan 44.9 peratus dan Kemboja dengan 44.60 peratus, kedua-duanya mencatatkan kadar hampir sama iaitu kira-kira 44 peratus.
Menurut kajian tersebut, peratusan individu bujang di Myanmar adalah sebanyak 29 peratus, Thailand (23), Indonesia (22), Singapura (20), Laos (17), Vietnam (16), dan Timor Leste (13).
Kajian ini merujuk kepada data yang dikumpulkan oleh Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang, berdasarkan maklumat pada tahun 2021. Sejak tahun 1970 hingga 2021, PBB telah mengumpulkan data mengenai lebih daripada 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.
Menurut kajian ini, terdapat pelbagai sebab yang menyumbang kepada keputusan individu untuk terus membujang, antaranya termasuk faktor ekonomi yang mencengkam dan keperluan sosial.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>