Menara 118

 

Kuala Lumpur, 02 Februari 2024, 12:00 – MENARA Merdeka 118 yang kini sudah siap sepenuhnya dan telah dilancarkan secara rasmi pada Januari 2024 dengan pemindahan operasi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dilaksanakan secara berperingkat.

Ada 7 fakta menarik yang perlu kita tahu tentang Menara Merdeka 118 ini.  Pertama, menara canggih yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter.

Kedua, reka bentuknya diilhamkan daripada detik penting dalam sejarah Malaysia.  Bangunan ini diilhamkan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia, mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka!” (Bebas) pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan). Tapak berbentuk berlian juga direka menyerupai songket Melayu (tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

Fakta ketiga, nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang ada di menara tersebut.  Dengan 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.

Keempat, setelah dibina, sebuah dek pemerhatian ‘The View at 118’ disediakan bagi mereka yang ingin menikmati latar langit Kuala Lumpur yang indah. Ketinggian lantai pemerhatian ini juga akan menjadikannya platform tertinggi di Asia Tenggara.

Ciri khas yang kelima, Merdeka 118 adalah lif tinggi yang akan menawarkan pengalaman yang amat unik. Lif diperbuat daripada kaca dan keluli, pengunjung akan dapat melihat pemandangan langit Kuala Lumpur sepanjang lif itu naik ke atas.

Keenam, Terletak di lokasi strategik antara Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Jebat, Merdeka 118 mempunyai akses mudah ke rangkaian jalan utama termasuk Jalan Syed Putra, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan tekstil dunia Melayu, pusat jagaan kanak-kanak serta Masjid Merdeka dengan kapasiti 3,000 jemaah.

Nilai pembangunan kasar (GDV) PNB 118 berjumlah lebih RM3.5 bilion dan dijangka memberi kesan positif pada negara dari aktiviti komersial sehingga pelancongan.

Sebelum ini, kedudukan menara kedua tertinggi itu dipegang Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.

Menara Merdeka 118 mempunyai 3.1 juta kaki persegi ruang lantai dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, setinggi 500 meter. Penyewa utama lain ialah hotel Park Hyatt bertaraf lima bintang, menduduki 17 tingkat (dari aras 100 hingga 117) dengan 252 bilik.

#PrezCom

 

Baca lebih banyak artikle di sini :>