
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024, 12:00 – Majlis Raja-Raja telah memberikan persetujuan untuk pembentukan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan di bawah naungan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan bahawa tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mengawasi dan memantau isu-isu yang timbul di Mahkamah Syariah sepanjang masa.
Beliau berkata, nama-nama ahli jawatankuasa itu, yang antaranya akan dianggotai ketua hakim syariah negeri, telah dipersembah dan menunggu perkenan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat.
“Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan ini telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang lalu.
“Pembentukan jawatankuasa ini kekal berbanding Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas), yang itu ad hoc (ia dibentuk atas) titah Sultan Selango,r Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya selepas melancarkan Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau Bertaraf Lima Bintang Peringkat Wilayah Persekutuan di sini pada Jumaat.
Berkenaan dengan Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, Mohd Na’im menjelaskan bahawa jawatankuasa tersebut telah mengadakan lapan sesi mesyuarat antara bulan Disember yang lalu hingga bulan ini.
“Tuanku Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI dah beri tempoh setahun untuk mereka sediakan syor-syor.
“Tempoh setahun tu sebab terma rujukan Jawatankuasa Khas ini ia bukan sahaja merujuk kepada kes Iki Putra Mubarak dan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, tetapi untuk melihat secara luas bagaimana Mahkamah Syariah, institusi kehakiman syariah ini, boleh terus dimartabat, dilindungi dan seterusnya diperkasa,” katanya.
Mohd Na’im dalam pada itu berkata, pihaknya mencadangkan supaya Jabatan Penguatkuasaan Syariah diwujudkan di setiap negeri dalam usaha memperkasakan lagi undang-undang syariah.
Beliau turut mencadangkan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan Syariah di setiap negeri sebagai usaha untuk memperkuatkan lagi undang-undang syariah.
“Sebagai contoh di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dahulu ada bahagian pendakwaan syariah dan sekarang bahagian itu sudah menjadi Jabatan Pendakwaan Syariah, namun bahagian penguatkuasaan masih di bawah Jawi.
“Jadi untuk memastikan supaya bahagian penguatkuasaan ini boleh bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi secara eksekutif untuk melakukan siasatan dan tangkapan, maka ada keperluan untuk menjadikannya sebagai sebuah jabatan,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa cadangan ini hanya akan dipertimbangkan secara serius setelah setiap negeri menubuhkan satu jabatan pendakwaan syarie yang berasingan.
“Sekarang ini kebanyakan di negeri-negeri, masih lagi bahagian penguatkuasaannya berada di bawah Jabatan Agama Islam.
“Kami nak pastikan semua negeri-negeri mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syarie terlebih dahulu, kemudian kami akan bincang (mewujudkan jabatan penguatkuasaan),” katanya.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>