Berkhemah

 

Kuala Lumpur, 14 Februari 2024, 21:00 – JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan amaran kepada orang awam yang merancang untuk menjalankan aktiviti riadah di sepanjang tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan memahami perubahan air sungai ketika musim Monsun Timur Laut berlaku.

Ketua Bomba Zon Sibu JBPM Sarawak, Andy Alie, menekankan bahawa peringatan ini dikeluarkan untuk menghindarkan orang awam daripada menghadapi ancaman bahaya yang mungkin timbul akibat kejadian kepala air.

Menurut Andy, tanda-tanda awal kejadian kepala air termasuk peningkatan paras air dengan cepat, perubahan warna air, kederasan arus, dan kehadiran puing-puing asing yang muncul di permukaan air.

Beliau menasihati agar jika tanda-tanda awal ini dikesan, orang awam sepatutnya segera mengambil langkah keselamatan dengan berpindah ke kawasan yang lebih selamat dan menghubungi pihak bomba.

“Nasihat saya kepada orang awam supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut ini.

“Mereka perlu tahu stituasi cuaca semasa dan memastikan tapak perkhemahan didirikan di kawasan yang berjarak selamat dari tepi sungai,” katanya kepada Bernama.

Andy juga mengomentari kejadian sembilan keluarga dari Bintulu yang berkhemah dan bermalam di tepi Sungai Yong di Kapit, yang kemudian terperangkap dalam kejadian kepala air pada Ahad yang lepas.

Selain itu, orang awam juga diminta untuk memberitahu balai polis berhampiran jika mereka merancang untuk melakukan aktiviti berkhemah atau beriadah di kawasan sungai atau lokasi rekreasi air yang bukan kawasan rekreasi awam.

Langkah ini penting untuk memastikan keselamatan mereka dan mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar, Klang