Migran

 

Kuala Lumpur, 04 Februari 2024, 12:00 – PADA 1 Mac ini, Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Program Repatriasi Migran sebagai langkah untuk memudahkan penghantaran pulang warga asing yang tinggal di negara ini secara tidak sah.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, dalam satu sidang media khas selepas Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution, PATI yang ingin pulang ke negara asal mereka tidak akan menghadapi tindakan pendakwaan. Sebaliknya, mereka akan diberi kebenaran untuk pulang setelah membayar kompaun, dan mereka akan dikecualikan dari proses pendakwaan.

Program ini dianggap sebagai pengampunan pulang yang bertujuan untuk memudahkan proses penghantaran pulang warga asing yang terlibat. Kompaun yang dikenakan adalah antara RM300 hingga RM500 untuk setiap kesalahan imigresen yang dilakukan.

Menurut kenyataan beliau, kesalahan yang akan dikenakan kompaun termasuk memasuki Malaysia tanpa pas (RM500), tinggal di Malaysia melebihi tempoh pas (RM500), dan melanggar syarat pas (RM300).

Sebelum ini, Kerajaan telah menjalankan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat pada 31 Disember. Program ini memberi peluang kepada majikan untuk memohon pekerja asing tanpa izin bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.

Mengenai pembekuan kuota permohonan dan kelulusan pengambilan pekerja asing, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyatakan bahawa keputusan tersebut masih kekal sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau turut menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk membatalkan pembekuan tersebut kerana tenaga asing yang diperlukan untuk sektor-sektor kritikal sudah mencukupi.

Ini termasuklah tenaga kerja asing yang diperolehi melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, yang digunakan untuk mengisi kekosongan pekerja dalam sektor kritikal seperti perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian, dan perkhidmatan restoran.

Selain itu, Jemaah Menteri juga bersetuju untuk menubuhkan Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre – OSC) pengurusan pekerja asing. Pusat ini akan diwujudkan semula dan ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mempermudah pengurusan pekerja asing di Malaysia.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024