Food Unites

 

Kuala Lumpur, 01 Februari 2024, 12:00 – Penganjuran program FoodUnites 2024 yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Februari di Kuching Waterfront, Sarawak, menyaksikan satu lagi langkah ke arah menghidupkan semula dan mengekalkan makanan warisan sebagai simbol perpaduan di Malaysia.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataannya pada Selasa lalu menyatakan bahawa acara ini khususnya menitikberatkan usaha untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran terhadap makanan tradisi, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“FoodUnites bukan sekadar festival makanan, tetapi juga perhimpunan budaya yang merentasi waktu. Ia membawa kehidupan kepada cerita di sebalik setiap hidangan dan mengajak masyarakat untuk menghargai kekayaan kuliner yang menjadi warisan kita.

“Mari bersama-sama menjelajah dan menghormati keunikan cita rasa Malaysia melalui program ini dengan menjadikan makanan sebagai jambatan penyatupaduan di tengah kepelbagaian kita,” kata kenyataan itu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, dijangka merasmikan program tersebut pada 3 Februari ini. KPN juga mengumumkan bahawa Laksa Sarawak akan menjadi makanan utama, disamping enam hidangan tradisi lain yang mewakili setiap kaum.

Enam hidangan tersebut termasuklah nasi lemak, char kuetiau, nasi beriani, latok, ayam pansuh, dan kek lapis.

“Seluruh masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat di Sarawak, dijemput hadir ke FoodUnites untuk menyemarakkan lagi program ini dengan semangat serta satu tujuan yang sama, iaitu memperkukuh perpaduan di antara kita semua.

“Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke program ini bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Masuk adalah percuma! Bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada 3 dan 4 Februari ini,” katanya.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Nafas Baharu Buat Peniaga Sedia Ada