Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

 

Kuala Lumpur, 30 Januari 2024, 16:00 – BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang berkerusi roda, telah menyelesaikan pembayaran ikatan jamin sebanyak RM280,000 seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen. Pembayaran ini telah dilakukan pada jam 11.24 pagi diiringi oleh isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.

Terdahulu, Daim, yang berusia 86 tahun atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pengisytiharan 70 aset hartanya.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat setelah pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Menurut pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar oleh pegawai SPRM pada 14 November 2023.

Ini termasuk harta seperti satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan termasuk Jaguar, 38 syarikat, dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, dan Kedah.

Kesalahan tersebut dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023, mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Berikut senarai 71 aset berkenaan:

BANK AKAUN(2)

1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) (No Ahli: 000005940980)

KENDERAAN(7)

1. Mercedes Benz 600 SEL (No. Pendaftaran: KV8989)

2. Jaguar XJS HE (No. Pendaftaran: MP11)

3. Mercedes Benz 450SEL (No. Pendaftaran: WU11)

4. Mercedes Benz 450 SLC (No. Pendaftaran: KL11)

5. Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body (No. Pendaftaran: WY11) 6. Austin Morris Austin (No. Pendaftaran: BG9290)

6. Austin Morris Austin (No. Pendaftaran: BG9290)

7. Ford Prefect (No. Pendaftaran: KX988)

Syarikat(38):

  1. Ibu Kota Developments Sdn Bhd
  2. Maya Seni Holdings Sdn Bhd
  3. Menara Ampang Sdn Bhd
  4. Dream Cruiser Sdn Bhd
  5. Landbelt Corporation Sdn Bhd
  6. Kenari Teliti Sdn Bhd
  7. Fnq Advanced Materials Sdn Bhd
  8. Kota Tandop Development Sendirian Berhad
  9. Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd
  10. Dasar Seroja Sdn Bhd
  11. Gigantic Promotions Sdn Bhd
  12. Jupiter Alliance Sdn Bhd
  13. Inayat Realty Sdn Bhd
  14. Suasa Urus Sdn Bhd
  15. Avillion Berhad
  16. Meridian Haven Sdn Bhd
  17. Avillion Vista Hotel Sdn Bhd
  18. Vast Access Sdn Bhd
  19. Fortune Valley Sdn Bhd
  20. Reliance E-Com Sdn Bhd
  21. Admiral Marina Berhad
  22. Golden Envoy (M) Sdn Bhd
  23. Mela Lifestyle Sdn Bhd
  24. AVI SPA Sdn Bhd
  25. Avillion Hotel Group Sdn Bhd
  26. RPB Capital Holdings Sdn Bhd
  27. Genius Field Sdn Bhd
  28. Festive Place Sdn Bhd
  29. Avillion Suite Hotel (PD) Sdn Bhd
  30. Taman Unik Sdn Bhd
  31. Admiral Cove Development Sdn Bhd
  32. Nesline Sdn Bhd
  33. RPB Development Sdn Bhd
  34. OS Resources Sdn Bhd
  35. Avillion Hotel (Kl) Sdn Bhd
  36. Avillion Hotels International Sdn Bhd
  37. Admiral Hill Hotel Sdn Bhd
  38. Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Berhad

Hartanah (25):

  1. Lot 265, Seksyen 89, No. 325 Ritchie Condo, Kuala Lumpur
  2. Lot 12, Seksyen 89, No. 327 Persiaran Ritchie, Kuala Lumpur
  3. Unit 1D, NO 16, Jalan Taman U-Thant, Kuala Lumpur
  4. No. 10 Jalan Wirawati, Taman Maluri, Kuala Lumpur
  5. Rompin House, Bukit Fraser, Fraser’s Hill, Pahang
  6. Rumah di Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
  7. No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Kuala Lumpur
  8. No.204 Desa Kuda Lari, TK 1-A150 3, Kuala Lumpur
  9. No. 333, Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur
  10. Socfin House-White Palace Kuala Lumpur
  11. Tanah di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
  12. Cinta Condominium, Jalan Madge Off Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
  13. Lot 12 & 13 Puncak Dani & Dani Lodge Gohtong Jaya Genting Highlands, Pahang
  14. Unit No. W4DC-075 & 061, Phase 4D, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
  15. Houses at Wisma Dani, 1, Jalan Jejaka 4, Maluri, Kuala Lumpur
  16. Taman Dagang Ampang, Selangor
  17. Lot 129 Seksyen 58, Menara Ampang, No. 149, Jalan Ampang, Selangor
  18. Lands Lot No 1680 and 1681, Mukim Bujang Daerah Kuala Muda, Kedah
  19. Double Storey Semi D, Phase 5B, Bukit Saujana, Ijok, Selangor
  20. Suite # 8-13-6, Menara Mutiara Bangsar 8, Jalan Liku Off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
  21. Avillion Port Dickson, 3rd Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan
  22. Avillion Admiral Cove, 5½ Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan
  23. Avillion Cameron Highlands, C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
  24. Admiral Marina & Leisure Club, 5 1/2 Miles Jalan Pantai, 71050, Si Rusa, Negeri Sembilan
  25. AVI Pangkor Beach Resort, PT1130, Jalan Pasir Bogak, Pangkor, Perak

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Anak Muda Pemberani Tekad Galas Aspirasi Capai 5 Juta Pelanggan untuk Tahun 2025