Selesai sudah kelas pertama EC Team Academy yang dihadiri lebih 60 orang dari sekitar Lembah Klang. Saya berani jamin tiada kelas yang seumpamanya di dalam Industri Coway Malaysia. Kelas yang dipimpin khas oleh 3 orang Senior Manager Coway ini adalah langkah pertama yang sangat penting dalam usaha untuk berubah secara total dari sistem kerja yang berkiblatkan sales semata-mata kepada mengutamakan value delivery kepada pelanggan. Lebih membanggakan lagi, 95% daripada peserta yang hadir adalah dari kalangan anak-anak muda.
Bercerita tentang anak muda, teringat ketika zaman saya muda-muda dan mula-mula bersama Coway. Banyak persamaan yang ada pada anak-anak muda ini, salin tak tumpah ketika saya bermula 15 tahun dahulu. Ada yang tinggalkan kampung halaman sehelai sepinggang untuk merantau ke tempat asing bagi mencari rezeki. Ada pula yang sudah menjadi tempat keluarga bergantung pada usia yang sangat muda. Rimas dibelenggu dengan victim mindset, anak-anak muda sang pemberani ini telah mengambil calculated risk untuk mengubah nasib bersama-sama dengan Coway Malaysia.
Selamat datang ke territory saya.
Ada 4 perkara utama yang menjadi tarikan anak-anak muda zaman sekarang.
Pertama sekali adalah identiti. Dalam mendepani alam dewasa, adalah normal bagi anak-anak muda untuk mencari identiti tersendiri. Berapa ramai yang nampak popular di media sosial tetapi tak lebih dari tin kosong di dunia nyata. Bagai langit dan bumi dengan anak-anak muda di EC Team Academy. Inilah anak-anak muda yang mahu dikenali dengan karakter dan authenticity. Anak- anak muda yang hadir dengan gelas kosong untuk menyerap semua ilmu dan kebijaksanaan daripada tenaga pengajar EC Team Academy.
Kedua, di dalam usaha anak-anak muda untuk mencari identiti sendiri, jenama bernilai tinggi dan dipercayai akan menjadi pilihan utama untuk dijadikan sandaran. Kecenderungan ini secara sedar atau tidak akan membentuk imej dan menghantar status signal tertentu kepada dunia luar. Apabila anak-anak muda ini sudah berjaya sampai ke tahap pengurus, Coway akan berikan Better Life Fund setiap bulan selama 10 tahun bagi tujuan pemilikan asset. Kini, pemilikan rumah ataupun kenderaan impian bakal menjadi realiti. Cerita From Zero to Hero ini sudah pastinya akan mengukuhkan lagi social validation anak-anak muda ini di kalangan teman sebaya mereka. Dan secara langsung, menaikkan lagi ‘saham’ Coway pada pandangan generasi muda.
Ketiga, suka atau tidak, anak-anak muda zaman sekarang tidak lagi rela dikongkong dengan bermacam-macam peraturan yang tradisional. Lupakan sahaja cara kerja 9 to 5. Generasi sekarang mahukan fleksibiliti mengurus disiplin kerja bersesuaian dengan forte mereka. Untuk rekod, Coway menggunakan 3 kaedah utama menjalankan operasi jualan. Online, offline dan telemarketing adalah 3 enjin jualan yang menjana pendapatan Coway. Kisah benar, ada ejen Coway yang berpendapatan RM 15 ribu setiap bulan dengan hanya bekerja dari rumah. Makna kata, selagi output dan objektif jualan tercapai, anak-anak muda ini bebas berkerja di mana-mana sahaja.
Yang terakhir, amatlah make sense apabila anak-anak muda memilih kerjaya yang mempunyai prospek masa depan yang cerah. Perjalanan karier yang jelas dan sistematik adalah selling points yang sangat berkesan dalam usaha menarik generasi muda untuk bekerjaya bersama Coway. Ada tak cara supaya anak-anak muda ini boleh jadi pengurus dalam masa 7 bulan? Jawapan ringkasnya, ada. Semuanya akan diperjelaskan apabila anak-anak muda ini bekerjaya bersama Coway. Maklumlah di luar sana, terlalu banyak insiden yang mana pada peringkat awal anak-anak muda akan digula-gulakan dengan janji-janji bulan bintang tetapi akhirnya ditinggalkan untuk pandai-pandailah nak hidup. Semangat yang pada awalnya membara, akhirnya terpadam membawa hati yang nestapa.
Akhir kata, sasaran 5 juta pelanggan Coway untuk tahun 2025 adalah call to adventure yang sangat bersesuaian dengan jiwa anak-anak muda. Sasaran yang jelas dan mencabar ini bakal menjadi pentas pembentukan karakter anak-anak muda sang pemberani ini. Peluang bagi anak-anak muda ini membina career capital bagi menjamin masa depan yang lebih cemerlang kini sudah tersedia. Selagi ia disertakan dengan kesanggupan dan keikhlasan, tiada apa yang mustahil untuk dikecapi. Jalan ini pernah saya tempuhi, kini masa anak-anak muda ini untuk membuktikan diri.
—
Encik Mohd Sabky Mat Latif adalah Pengurus Besar Coway Malaysia yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam Industri Coway Malaysia.
Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.
#PrezCom