Kuala Lumpur, 26 Januari 2024, 21:00 – SEBANYAK 494 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan penipuan penyamaran sebagai kenalan di media sosial dengan kerugian RM238,732 bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mengesan modus operandi digunakan sindiket penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram.
Katanya, scammer kemudian akan menghantar mesej dan meminta pinjaman wang dengan jumlah tertentu kepada ahli keluarga dan kenalan.
“Hal ini sehinggakan ramai yang terpedaya dengan memberi pinjaman kepada ‘Rakan’ namun sebenarnya scammer.
Menurut Ramli, hal ini dilihat membimbangkan apabila sindiket yang berjaya menggodam aplikasi sosial peribadi juga mampu mengakses perbualan melibatkan pemilik sebenar dengan individu lain.
Malah, scammer tersebut turut menghantar mesej dengan pautan-pautan tertentu bagi menggodam data peribadi atau maklumat perbankan.
“Ini yang kita risaukan apabila mereka dapat akses Whatsapp dan Telegram individu sehingga dikhuatiri boleh mengambil kesempatan terhadap maklumat-maklumat tertentu,” ujarnya.
Buat masa ini, tambahnya, tiada sebarang dilakukan kerana pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap mesej pinjaman wang diterima daripada rakan atau kenalan terutama akaun bank digunakan adalah milik orang lain.
“Apa pun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan itu bagi mengesahkan perkara berkenaan.
“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan sebarang pertanyaan kepada CCID (JSJK) Infoline di talian 013-2111222,” katanya.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>