Pencen

 

Kuala Lumpur, 26 Januari 2024, 16:00 – KABINET telah mencapai persetujuan untuk menetapkan syarat baharu bahawa penjawat awam yang dilantik selepas ini yang berstatus tetap tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa status pencen bagi penjawat awam yang sedia ada tidak akan terjejas. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa golongan yang baru dilantik akan dikehendaki membuat caruman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menjelaskan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz akan membuat pengumuman mengenai tempoh pelaksanaan syarat baharu ini tidak lama lagi.

“Apa yang sudah dibincangkan dalam Kabinet tadi bahawa terdapat kekeliruan daripada kenyataan mengenai jawatan atas pengambilan baharu adalah perjawatan kontrak, ia tak bermaksud begitu.

“Tetapi, ia kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tapi tak berpencen, mereka akan mencarum KWSP dan kerajaan bakal beri sumbangan sebagaimana kebiasaan yang dilakukan kepada kakitangan swasta.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambahkan bahawa individu yang layak juga akan menerima sumbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Beliau menjelaskan bahawa langkah ini diambil sebagai langkah jangka panjang untuk memastikan penjawat awam baharu akan dilantik sebagai tetap tanpa pencen, sementara penjawat awam yang sedia ada akan diteruskan dengan status tetap dan pencen seperti biasa.

Kenyataan ini dibuat sempena Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Rabu.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, telah memaklumkan melalui pekeliling yang bakal mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>