Penceroboh

 

Kuala Lumpur, 22 Januari 2024, 16:00 – SEORANG lelaki terkejut apabila mengetahui rumah kenalannya di Puchong, Selangor, yang dibiarkan kosong selama 10 tahun telah diceroboh oleh warga asing.

Kejadian ini menjadi viral setelah lelaki tersebut berkongsi cerita melalui akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah.Menurut kisah yang dikongsikan, kenalannya yang tinggal di Pantai Timur meminta bantuan untuk menjual rumah tersebut.

“Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong. Kawan atau ‘owner’ (pemilik) itu tinggal di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

“Jadi, dia suruh aku uruskan jual beli semua. Sebab Puchong dengan Seremban 2 tak jauh sangat, boleh aku tolong uruskan jual beli dari A sampai Z.

“Jadi, ‘owner’ itu pun poskan kunci kepada sahabat aku dan sahabat itu ‘pass’ (serah) kunci kat aku,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Lelaki itu juga memaklumkan mengenai status rumah berkenaan sama ada berpenghuni atau kosong.

“Aku tanya rumah (itu) siapa tinggal sekarang? ‘Owner’ kata rumah kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka duduk (tinggal) di kampung.

“Aku pun pi (pergi) nak tengok ‘condition’ (keadaan) rumah elok ke tak. Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah.

“Aku pun call (telefon) kawan ‘owner’ tu sekali lagi nak ‘confirm’ (pastikan) betul ke rumah kosong? Aku pun cakap kat dia, ada orang dok rumah ni iaitu warga asing!

“Bukan kata aku yang terkejut, kawan ‘owner’ dan ‘owner’ pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, warga asing itu tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

“Dalam hati aku kata berani betul depa (mereka). Ceroboh masuk rumah orang macam itu saja. Kita warga sendiri (tempatan) pun tak berani buat macam itu.

“Depa (Mereka) berani-berani masuk rumah orang buat dek saja. Air depa tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau depa sambung macam mana,” katanya.

Katanya, dia juga ada bercakap dengan penyelia warga asing itu, iaitu seorang lelaki dipercayai Bangladesh dan memaklumkan mereka sudah lama menetap di rumah berkenaan tanpa membayar sewa dengan tidak tidak diganggu sesiapa.

“‘So’ (sekarang) depa pula minta bukti dari aku, ‘you’ (awak) betul ke wakil ‘owner’? Depa nak bukti dari kita yang kita ni ‘owner’ yang betul. Oh apa sudah jadi Malaysiaku.

“Aku dah suruh ‘owner’ buat ‘report’ (laporan) polis dan akan aku akan report juga ke pihak Imigresen.

“Hampa (kamu) boleh ‘share’ (kongsi) dan ‘make peoples alert’ (buat orang peka) tambah-tambah ‘owner’ yang ada rumah tapi tak da orang sewa atau duduk,” katanya.

TKisah ini menjadi viral di media sosial dengan reaksi negatif dari netizen yang mengecam tindakan warga asing tersebut yang dianggap tidak patut berlaku.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Ahmad Zahid Usaha Realisasi Penubuhan SEGiM