Kuala Lumpur, 22 Januari 2024, 12:00 – TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan berusaha untuk mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM) secepat mungkin apabila mendapat persetujuan daripada seluruh Kabinet.
Menurut beliau, cadangan ini telah diajukan sebelum pilihan raya negeri tahun lalu setelah berbincang dengan pemain industri untuk meningkatkan kebajikan pekerja ekonomi gig.
“Saya percaya suruhanjaya ini perlu dibentuk segera memandangkan terdapat lebih 1.2 juta pekerja dalam sektor terbabit.
“Mereka perlu mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), malah majikan juga wajar memastikan perkara ini.
“Walaupun ada kekangan, saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti realisasikan suruhanjaya ini,” katanya selepas menghadiri sambutan Ponggal Perpaduan 2024 pada Ahad.
Pada hari Jumaat, Kempen Grab Blackout telah diadakan oleh penunggang p-hailing di seluruh negara untuk menuntut agar syarikat Grab Malaysia mengembalikan kadar upah kepada kadar asal, berbanding sekarang iaitu hanya RM3.50.
Sebelum ini, Ahmad Zahid, semasa menyampaikan amanat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023, mengumumkan bahawa parti itu telah mengemukakan lima cadangan kepada kerajaan, termasuk penubuhan SEGiM.
Sebulan kemudian, Zahid melaporkan bahawa Anwar dijangka akan mengumumkan penubuhan SEGiM semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada bulan Oktober lalu, dengan fungsi Suruhanjaya tersebut dijangka akan berkuat kuasa selewat-lewatnya pertengahan bulan yang sama.
Beliau menyatakan bahawa beliau ingin Kementerian Sumber Manusia (KSM) segera merancang penubuhan tersebut sebagai tanda komitmen kerajaan dalam memperjuangkan nasib penggiat ekonomi gig, terutamanya dari segi pendapatan dan kebajikan.
Cadangan penubuhan SEGiM bertujuan untuk mengawal ekosistem industri gig dan menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi itu, dari peringkat penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja hingga kepada pengguna.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>