UMS

 

Kuala Lumpur, 15 Januari 2024, 10:20 – Isu krisis air yang melanda kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum ini kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberansangkan.

Pelajar yang tinggal di ketiga-tiga kolej kediaman UMS mengesahkan perubahan positif tersebut berdasarkan peningkatan bekalan air kampus dalam beberapa hari kebelakangan.

Perubahan ini berlaku selepas kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang merespon demonstrasi

pelajar UMS mengenai masalah air pada Isnin lepas.

Sebelumnya, beberapa pelajar terpaksa menghadapi kesusahan seperti tidak mandi berhari-hari dan mencari air dari tempat ke tempat di dalam dan luar kampus.

Berita baik terus berlegar dengan peningkatan bekalan air yang lebih baik sejak beberapa hari lepas, di mana penghantaran bekalan air dilakukan untuk mengisi tangki-tangki sedia ada sebelum disalurkan ke kolej-kolej kediaman.

Pada Mei tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk mengatasi masalah bekalan air di UMS. Sebagai langkah proaktif, enam telaga tiub kini sedang dibina menggunakan peruntukan tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, menjelaskan bahawa empat telaga tiub dalam projek tersebut sedang dalam fasa penggerudian.

Ahli geologi UMS sebelum ini telah mengesahkan bahawa empat tapak pembinaan tersebut sesuai dan mempunyai bekalan air yang mencukupi. Dua lagi tapak sedang dicari untuk pembinaan dua telaga tiub tambahan.

Pengumuman ini disampaikan oleh Datuk Mustapha Sakmud selepas menghadiri taklimat oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS mengenai isu bekalan air di kampus. Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansor, turut hadir dalam sesi taklimat tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk menyediakan laporan teliti mengenai masalah bekalan air yang masih dihadapi oleh UMS.

Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Shahelmey Yahya, juga menyatakan bahawa isu ini dijangka dapat diselesaikan melalui projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2.

Datuk Mustapha menegaskan bahawa isu air di UMS adalah agenda utama dan mendapat perhatian tinggi dari pihak berkuasa.

Bagi memastikan kelancaran projek, perkembangannya akan dipantau secara berkala dan keseluruhan isu ini dianggap serius untuk memastikan penyelesaian tepat pada masanya.

Meskipun langkah pembinaan enam telaga tiub dianggap sebagai penyelesaian jangka pendek, ia hanya mampu menyalurkan tambahan satu juta liter bekalan air sehari.

Oleh itu, langkah penyelesaian jangka panjang diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Air Sabah (JAS), yang perlu memastikan bekalan air di UMS mencukupi untuk memenuhi keperluan 20,000 pengguna air di kampus tersebut.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Sarjan Mejar Tampar Orang Awam Ditukar Ke Unit Lain