
Kuala Lumpur, 15 Januari 2024, 12:10 – SARJAN mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam sudah dipindahkan ke jabatan lain sementara menunggu siasatan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota bertanggungjawab ke atas balai polis Sri Gading itu ditukar ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.Katanya, unit berkenaan tidak memerlukan anggota itu berurusan dengan orang awam.
“Ini adalah langkah sementara yang kami ambil. Tindakan sewajarnya akan dikenakan jika siasatan membuktikan pembabitannya (dalam kes itu),” katanya.
Jumaat lepas, Kamarul Zaman berkata polis menyiasat dakwaan bahawa seorang Ketua Polis Balai melakukan kekerasan terhadap orang awam seperti dipaparkan video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Video berdurasi 37 saat itu memaparkan individu didakwa Ketua Polis Balai menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan.
Kamarul Zaman berkata, tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.Beliau turut dilapor menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>