Tidak Kira Kes Baru Atau Lama, Jika Ada Keraguan Tetap Akan Di siasat

Kuala Lumpur, 13 Januari 2024, 7.00 malam – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membanteras rasuah tanpa mengira status dan kedudukan. Kerajaan juga tidak mensasarkan mana-mana bekas pemimpin, susulan tindakan SPRM yang melakukan siasatan berkaitan rasuah.

Jika tidak salah, tak perlu bimbang kerana siasatan akan dibuat teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh. Rasuah bukan satu perkara yang kecil. Sama ada ia kes yang lama atau yang baru, ia tetap akan disiasat mengikut keperluan dan undang-undang.

Anwar tidak mahu dikatakan hanya menumpukan untuk memerangi rasuah terhadap bekas-bekas pemimpin sahaja. Sama ada terdapat nama-nama besar yang akan disiasat selepas ini ia bergantung kepada bukti atau terdapat kesalahan rasuah.

Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Naimah Khalid, mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkan Tun Daim sebagai seorang perasuah. SPRM turut mengesahkan memanggil isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daimiaitu Toh Puan Naimah, dan dua anaknya Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin.

Ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama petugas dan kakitangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)itu berkata, beliau tidak peduli pada cemuhan segelintir pihak di sebalik tindakan agresif pentadbirannya. Negara harus bersih dari rasuah.

Jika nak selamatkan negara kena bersihkannya supaya jangan ada lagi pemimpin yang curi duit dan harta negara lagi. Amalan menyalahgunakan pangkat dan ambil kesempatan menerima sogokan untuk perkayakan diri adalah amalan yang menyebabkan Malaysia kecundang dalam banyak hal dan perlu dihentikan.

Contohnya projek membaiki tandas sekolah dan baik pulih sekolah daif selain kemudahan rakyat dalam sektor pendidikan dan kesihatan semuanya akan terbantut kerana wang untuk bangunkan negara dicuri,” katanya.

Jika negara hilang berbilion-bilion ringgit akibat rasuah, bagaimana kerajaan nak baiki sektor kesihatan, pendidikan dan sediakan prasarana untuk rakyat. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR berkata, pembangunan negara tergendala dengan banyak kemudahan kepada rakyat tidak dapat disediakan jika rasuah berleluasa.

#PrezCom