
Kuala Lumpur. 13 Januari 2024, 11.00 malam – PAS menggesa Kerajaan Madani supaya menimbang kembali Keputusan berhubung tiada larangan atau kawalan penjualan minyak masak paket bersubsidi dan mengapa warga asing dan hak rakyat Malaysia berada sama taraf. Pas meminta supaya kerajaan berlaku adil kepada rakyat Malaysia yang sepatutnya diberi keutamaan untuk mendapatkan barangan subsidi. Gesaan ini ditujukan kepada Kerajaan Madani dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Keadaan ini memberi tekanan kepada bekalan minyak masak paket bersubsidi di mana rata-rata rakyat mempersoalkan ketiadaan bekalan minyak masak paket bersubsidi yang sepatutnya disasarkan kepada golongan B40 dan sebahagian golongan M40 yang terdiri daripada 5.8 juta isi rumah yang layak.
kuota pengeluaran minyak masak paket bersubsidi adalah sebanyak 60,000 metrik tan untuk sebulan dan ianya mencukupi untuk keperluan rakyat tempatan samada untuk kegunaan domestik atau perniagaan penjaja mikro yang ada di dalam negara ini. Namun, minyak masak peket tersebut sering tidak kelihatan dipasaran dengan alasan ianya telah habis dibeli.
Berdasarkan perangkaan ini juga, keperluan penggunaan minyak masak domestik di rumah lazimnya hanya sekitar 4.5kilogram sahaja manakala keperluan peniaga mikro yang menggunakan purata 400 paket sebulan bagi perniagaan kecil mereka seperti penjual pisang goreng, keropok lekor mahupun penjual karipap.
Masalah timbul apabila pembelian minyak masak paket bersubsidi ini juga dijual kepada warga asing sama seperti seperti rakyat Malaysia dengan hanya tetapan pembelian di pasaraya besar sebanyak 3 paket maksimum bagi sebuah keluarga.
Warga asing juga dibenarkan untuk mendapatkan jumlah pembelian yang sama dengan rakyat Malaysia iaitu pembelian di pasaraya besar sebanyak 3 paket maksimum bagi sebuah keluarga. Walau bagaimanapun, situasi sebenar adalah seorang warga asing boleh membeli dua paket dan mereka pula tinggal serumah dengan jumlah bilangan yang ramai.
Jumlah pekerja asing sehingga 30 September 2023 berjumlah lebih 2.7 juta orang. Ditambah lagi dengan ketirisan penjualan minyak bersubsidi sememangnya dalam audit pihak kementerian. Ini memberikan satu tekanan kepada bekalan minyak masak bersubsidi tersebut.
Baru-baru ini, tular di media sosial dan media tempatan dimana ada restoran yang membeli secara pukal dan menyorok minyak masak paket ini sehingga ketiadaaan bekalan sepertimana yang dilaporkan berlaku di beberapa negeri.
PAS menggesa kerajaan mewujudkan satu mekanisme yang adil dan telus agar penggunaan subsidi menjadi lebih bersasar, wajar dan adil serta membentangkan laporan audit kepada Parlimen oleh KPDN yang kini sedang mengaudit penjualan bekalan itu bermula daripada peringkat pengilang dan pembungkusan semula.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita Di: