Kuala Lumpur,13 Januari 2024, 12.00 pagi – DAIM atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin berkata jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion.
Bekas Menteri Kewangan itu mendakwa, semua aset-aset dan hartanah yang diperolehinya itu merupakan hasil usahanya melalui aktiviti perniagaan yang sah sebelum terlibat dalam dunia politik.
Beliau berkata dirinya adalah seorang usahawan yang berjaya semenjak tahun 1969, dimana beliau menceburi bidang perniagaan yang diasaskan bersama rakan kongsi lain iaitu sebuah syarikat pembangunan tanah dikenali sebagai Syarikat Maluri Sdn Bhd.
Sebelum menyertai politik dan memegang jawatan awam, beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dengan hasil usahanya. Namun, setelah membuat Keputusan untuk menyertai bidang politik ia telah mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada dirinya dan keluarga.
syarikat itu (Maluri) bertanggungjawab membangunkan perbandaran yang dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 bilion. Mungkin disebabkan kurang perhatian di dalam perniagaan setelah menganggotai penjawat awam, beliau kerugian kerana peluang perniagaan dan masa telah terhad.
Tun Daim juga adalah pemilik Malaysian French Bank dan kemudian UMBC (kini RHB) yang mempunyai kawalan serta kepentingan dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia. Sebanyak 10 peratus kepentingan beliau dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion,” katanya menerusi afidavit itu.
Afidavit sokongan itu difailkan bersama permohonan Daim dan ahli keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar siasatan yang dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 10 Jan, Daim, 85, dan isterinya Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, 66, serta empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta Ilham Tower Sdn Bhd selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan SPRM dan Pendakwa Raya selaku responden pertama hingga kedua.
Menurut laporan, Tun Daim disiasat kerana nama beliau tersenarai di dalam fail sulit yang tersebar pada 2021. Siasatan oleh SPRM itu susulan pendedahan berhubung kekayaannya dalam Kertas Pandora. Dalam pendedahan itu, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya RM141 juta.
Daim, 86, isterinya, Toh Puan Naimah Khalid, 67, dan empat anak, Asnida, 63; Md Wira Dani, 46; Muhammed Amir Zainuddin, 26; Muhammed Amin Zainuddin serta menara itu selaku pemohon pertama hingga ketujuh memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Tommy Thomas.
#PrezCom