Kuala Lumpur, 12 Januari 2024, 23:00 – KENANGA Research, sebuah firma penyelidikan kewangan,optimis terhadap komitmen Telekom Malaysia Berhad (TM) terhadap inisiatif 5G dan menjangkakan ia akan memberi kesan positif kepada kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.
Walaupun firma penyelidikan tersebut tidak menganggap Unifi Mobile sebagai pemacu utama pendapatan kumpulan TM, mereka melihat kesan positif yang boleh diperoleh melalui strategi penumpuan TM.
“Strategi penumpuan akan memberikan rangsangan kepada purata pendapatan Unifi bagi setiap pengguna, yang merupakan salah satu produk utama TM,” katanya dalam satu nota kajian.
TM sebelum ini memasuki arena mudah alih dengan pemerolehan Packet One Networks (Malaysia) Sdn.Bhd. (P1), yang membolehkan penyediaan perkhidmatan tertumpu melalui rangkaian 4G LTE P1 dan spektrum mudah alih (blok 20MHz dalam jalur 2.6GHz).
Perkhidmatan mudah alih TM dilancarkan sebagai webe pada September 2016 dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Unifi Mobile.
Walau bagaimanapun, daya tarikan Unifi Mobile terhad dalam menarik pelanggan 4G baharu disebabkan pegangan spektrum yang tidak mencukupi dan pengalaman pemasaran yang terhad.
Firma penyelidikan itu menyatakan bahawa pelan pascabayar Unifi Mobile yang sedia ada menawarkan harga yang kompetitif, mengelakkan persaingan langsung dengan pesaing yang lebih besar.
Yuran bulanan untuk pakej pascabayar Unifi Mobile adalah antara RM39 hingga RM99, sementara pelan pascabayar dari CelcomDigi, Maxis, dan Digi berharga lebih tinggi, iaitu antara RM60 dan RM139.
“Oleh itu, kami menjangkakan sambutan yang agak menggalakkan untuk produk baharu Unifi Mobile,” katanya.
Kenanga Research juga mengakui langkah cepat TM dalam menerokai ruang 5G telah mengatasi kekurangan sumber spektrum yang sebelumnya menjadi gangguan bagi Unifi Mobile.
“Hal ini kerana semua pemain mudah alih berkemungkinan akan terus mendapatkan kapasiti 5G borong daripada pembekal universal tunggal iaitu Digital Nasional Bhd (DNB) dan dikuti kemunculan rangkaian 5G kedua baharu.
“Oleh yang demikian, ini membayangkan tahap landskap 5G membolehkan TM bersaing dengan berkesan,” katanya.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Aeon Bank Jadi Bank Digital Patuh Syariah Pertama Disahkan BNM Di Malaysia