AEON Bank

 

Kuala Lumpur, 10 Januari 2024, 17:00 – AEON BANK (M) Bhd (sebelum ini dikenali sebagai ACS Digital Bhd) dengan bangganya mengumumkan kelulusan yang diterima daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi perbankan digital pada 15 Januari ini.

Ini menempatkan AEON Bank sebagai bank digital patuh Syariah pertama di Malaysia. Keputusan ini berasaskan pengesahan BNM terhadap kesediaan operasi bank tersebut. AEON Bank merupakan syarikat bersekutu AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dan anak syarikat AEON Financial Service Co Ltd (AFS Jepun).

Keputusan ini berasaskan pengesahan BNM terhadap kesediaan operasi bank tersebut. AEON Bank merupakan syarikat bersekutu AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dan anak syarikat AEON Financial Service Co Ltd (AFS Jepun).

“Misi utama kami membina bank digital ini adalah untuk memajukan promosi inklusi kewangan dan perbankan Islam. Sebagai salah satu jenama runcit isi rumah yang terkenal di Malaysia, kami berhasrat untuk menyediakan penyelesaian perbankan digital yang mudah diakses, inklusif dan patuh syariah terutamanya kepada pelanggan setia AEON serta seluruh rakyat Malaysia.

“Kami bertekad untuk memperkasa komuniti kami dengan akses kepada perkhidmatan kewangan digital yang mudah, selamat dan terjamin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan AEON Credit, Daisuke Maeda, menyatakan bahawa langkah ini merupakan satu detik bersejarah yang besar dalam membawa nafas baharu kepada perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Kumpulan AEON.

“Ini mengukuhkan lagi komitmen kami dalam menyokong inklusiviti kewangan,” katanya dalam kenyataan sama.

AEON Credit, sebagai salah satu institusi kewangan bukan bank di Malaysia, telah bersama dengan rakyat Malaysia selama lebih empat dekad.

Kini, dengan adanya AEON Bank, Kumpulan AEON berharap untuk memperluas dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka, merangkumi pelanggan runcit dan borong, serta rakan ekosistem seperti pengedar auto, pembekal, penyewa, dan lain-lain.

Selain itu, komitmen AEON Bank terhadap teknologi digital akan memudahkan pengenalan produk dan inovasi baharu bagi Kumpulan AEON, meningkatkan nilai tawaran keseluruhan kepada pelanggan dan rakan ekosistem.

Raja Teh Maimunah menyatakan bahawa AEON Bank merancang pelancaran berfasa untuk aplikasi baharunya, bermula dengan fasa ujian beta eksklusif bersama kumpulan pekerja AEON.

“Kami sedar akan kepentingan mengumpul pandangan dan maklum balas dari pengguna dalam mempersiapkan pelancaran aplikasi kami.

“Penawaran akses awal kepada sekumpulan pengguna beta terpilih bertujuan untuk memperhalus aplikasi AEON Bank dengan kerjasama mereka agar dapat memenuhi harapan pengguna kami yang lebih luas pada pelancaran penuh,” katanya.

AEON Bank menyasarkan pelancaran berfasanya pada separuh pertama tahun ini.

AEON Bank menyasarkan pelancaran berfasanya pada separuh pertama tahun ini. Selain AEON Bank, Boost Bank Bhd turut menerima kelulusan yang sama daripada MOF.

Boost Bank dimiliki oleh Konsortium Bank Digital Boost-RHB, di mana Boost Holdings Sdn Bhd memegang 60% ekuiti dan RHB Bank Bhd memiliki baki 40%.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, RHB Bank berkata konsortium itu menerima kelulusan kawal selia sebelum garis masa yang dijadualkan, berikutan semakan kesediaan operasi menyeluruh yang disahkan oleh BNM.

“RHB Bank dan Boost hendaklah menyediakan dana yang mencukupi berkadar dengan pegangan sahamnya dalam Boost Bank.

“Ini bagi memastikan Boost Bank mempunyai dana yang mencukupi untuk memenuhi semua baki obligasi dan liabiliti yang perlu dibayar, termasuk deposit pelanggan, sekiranya Boost Bank ditutup,” jelas RHB Bank.

#PrezCom

 

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Jangan Membeli Dan Menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Yang Sudah Tamat Tarikh Luput