Lebih Dari Sejuta Rakyat Telah Mendaftar PADU

Kuala Lumpur, 11 Januari 2024, 12 tengahari – MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli mungkin di dalam nada gurauan berkata “Dalam mana-mana sistem pun biasalah, kecuali kalau kita tawar RM1,000 seorang untuk mendaftar, ramai nak daftar dan ia akan menjadi cepat”.

Perkara tersebut merujuk kepada proses pendaftaran Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) terlalu perlahan walaupun lebih sejuta individu sudah mendaftar.

Beliau sebaliknya menjelaskan sistem itu masih sama walaupun pada awal pengenalannya menerima sambutan yang tinggi. Maka itu sistem tersebut akan dipantau dari masa ke semasa dan akan terus berjalan demi mencapai sebanyak mungkin sasaran.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lalu hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

PADU diwujudkan bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

Rafizi memberi jaminan perkaraini akan lebih adil kepada kerajaan untuk membuka peluang yang luas kepada rakyat negara ini untuk mengemas kini data mereka. Ini kerana kita tidak boleh memandang ringan soal risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar,” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan geran di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan sesi town hall bersama kepimpinan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor di DK 500, UiTM Kampus Puncak Alam, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.

#PrezCom