
Kuala Lumpur, 10 Januari 2024, 4.00 petang – KETUA Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan pengusaha pusat dandan dan urut di sekitar Bandar Raya Johor Bahru telah menggunakan khidmat warga asing termasuk tidak mempunyai dokumen sah mampu menjana pendapatan RM4.2 juta sebulan.
Menurut Ruslin, pihaknya telah menyerbu premis dalam operasi yang dinamakan Ops Gegar dan Ops Dandan pada Ahad lalu dimana premis yang diserbu itu memperolehi pendapatan sekitar RM140,000 sehari walaupun baru setahun beroperasi. Ruslin menegaskan, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan warga asing
Selain dari itu, premis yang telah digeledah oleh JIM itu, menggunakan perkhidmatan warga asing sebagai tukang urut dan dandan dengan dibayar gaji antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Terdapat warga asing lain yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah berkerja ditempat tersebut.
Turun ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berusia, 32 tahun dipercayai sebagai penjaga kepada premis berkenaan. Serbuan yang dilakukan adalah berdasarkan maklumat dari orang awam.
Di dalam serbuan itu juga, JIM turut merampas satu gugus kunci premis, enam pasport Vietnam, 19 helai tuala, tujuh set peralatan mengurut, dua set peralatan perawatan kuku, telefon bimbit, beberapa buku rekod pelanggan dan wang tunai berjumlah RM844.
Operasi yang bermula pada jam 3.20 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Johor.
hasil semakan awal mendapati warga asing ini menggunakan kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dimiliki untuk bekerja dengan majikan atau syarikat lain di negara ini. Tindakan pendakwaan akan dikenakan terhadap majikan serta pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan sah.
Beliau juga berkata, semua warga asing yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan- peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Setia Tropika, Johor.
Lelaki warga tempatan yang ditahan itu pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 manakala wanita warga Vietnam itu pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
#PrezCom