Kuala Lumpur, 9 Januari 2024, 17:00 – LAWATAN sulung Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwarnai dengan tindakan pelajar yang memohon maaf dan menyuarakan isu gangguan bekalan air di kampus tersebut.
Para pelajar, sambil bernyanyi, mengungkapkan ketidakpuasan hati mereka akibat gangguan bekalan air yang telah menyebabkan kesulitan, termasuk kesulitan untuk mandi.
Tindakan ini turut disertai dengan memegang plakad bertuliskan “Madani Untuk Siapa” dan “Kembalikan Hak Kami,” yang menjadi ekspresi dari ketidakpuasan pelajar terhadap masalah air di kampus.
Pada tahun lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada UMS untuk menangani isu bekalan air di kampus tersebut.
Bagaimanapun, seorang pelajar ditemui berharap mereka mendapat maklumat jelas bagaimana wang itu digunakan, termasuk kemajuan projek setakat ini.
“Selain itu, bagi pihak pelajar, kami ingin yuran penginapan dikurangkan disebabkan gangguan bekalan air.”
Justeru itu Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada UMS untuk menangani isu bekalan air yang dihadapi oleh komuniti kampus.
Beliau menyatakan bahawa pihaknya telah mendengar taklimat mengenai pembangunan di UMS, termasuk isu berkaitan bekalan air.
“Kami memahami keperluan untuk peruntukan tambahan, terutamanya di kawasan yang mempunyai sumber air, namun menghadapi kesulitan untuk disalurkan ke kawasan asrama yang lebih tinggi,” kata Zambry.
Beliau menjelaskan bahawa sebahagian daripada peruntukan tambahan tersebut akan digunakan untuk memasang pam air yang dapat mengalirkan air ke kawasan tinggi di kampus.
Selain itu, sejumlah wang akan diperuntukkan untuk memastikan tiub air di kawasan bawah dikembangkan, serta untuk mempercepat proses mencari punca air.
Zambry turut menyatakan bahawa mereka akan melibatkan tenaga pakar dalam menangani isu bekalan air di UMS. Beberapa profesor dengan kepakaran dalam bidang ini akan memberikan pandangan mereka untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.
“Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah mempunyai perancangan untuk membina satu kolam tangki air yang besar, tetapi ini mungkin mengambil sedikit masa,” tambahnya.
Namun, penghantaran bekalan melalui lori tangki oleh Jabatan Air Negeri Sabah masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan kampus.
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>