
Kuala Lumpur, 8 Januari 2024, 10.00 malam – PM Anwar Ibrahim akan terus guna petikan ayat Al-Quran dalam ucapannya, namun akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kontroversi.
Beliau berkata petikan ayat al-Quran yang dilontarkan pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini mencetuskan kontroversi.
Bagaimanapun beliau bersyukur kerana insiden itu menimbulkan minat masyarakat terutama anak muda untuk membaca dan menelaah al-Quran secara lebih mendalam.
Anwar anggap penting bulan-bulan lain beliau baca ayat al-Quran dan tafsir supaya menggalakkan perbahasan, tapi beliau akan rujuk kepada Jakim terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan kontroversi,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan JPM di sini hari ini.
Anwar dilaporkan memetik kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi dalam surah al-Kahfi yang mengundang reaksi ramai serta dijadikan polemik politik. Perkara itu berlaku pada perhimpunan bulanan JPM bulan lalu dan beliau berharap ia tidak akan berulang lagi.
Walaupun menyifatkan serangan terhadapnya keterlaluan susulan kontroversi itu, Anwar bagaimanapun berkata mana-mana pemimpin yang memberi ucapan sebaiknya harus mempunyai rujukan al-Quran.
Anwar menyeru penjawat awam agar sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak ketika menjalankan tugas. Itulah tujuan sebenar mengapa beliau mengaitkan kisah-kisah itu agar amalan-amalan yang baik dapat diterapkan di dalam tugasan.
#PrezCom