Amir Ahnaf

Kuala Lumpur, 4 Januari 2024, 21:00 – BINTANG baru yang semakin meningkat naik, Amir Ahnaf, memohon maaf kepada peminat berikutan babak ‘panas’ dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Menurut Amir, dia sedar bahawa adegan tersebut menyentuh sensitif rakyat Malaysia yang dianggap berbau lucah dalam drama tersebut.

Amir mendakwa berat untuk melakonkan babak itu dan hanya mendapat tahu mengenainya, seminggu sebelum penggambaran bermula.

“Sebagai orang baharu, saya tidak berani bantah kerana kerana bimbang dituduh besar kepala. Lagi pun, stesen televisyen (TV) meluluskan babak itu. Jadi, saya kira, tidak timbul sebarang masalah.

‘’Saya sedar itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Saya akui silap dan mohon maaf atas apa yang berlaku.’’

‘’Saya akan perbaiki lagi dalam naskah akan datang dan perkara sama tidak akan berulang lagi.

Amir juga menjelaskan pada awalnya dia tidak tahu skrip cerita tersebut bagaimana kerana mempunyai banyak draff

‘’Saya tak tahu skrip macammana, mereka ada banyak draf cerita kan, apa yang saya tahu, tajuk cerita Syurga Bukan Mudah jalan ceritanya dan pelakon-pelakon.

Ditanya mengenai reaksi keluarga, Amir berkata, ibu bapanya faham apa yang dilakukan adalah tuntutan kerja.

“Saya tanya keluarga, mereka faham itu adalah kerja. Saya ingin jelaskan, babak itu hanyalah ‘cheat shoot’ (teknik kamera),” katanya.

Terdahulu Amir menjadi bahan kecaman netizen selepas klip adegan yang dianggap berbau lucah dalam drama tersebut tular di media sosial.

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Agong berangkat ke majlis tayangan perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah