Koleksi SHESCAVERS Oleh SHE DAZZLE

Kuala Lumpur, 30 December 2023, 11.00 pagi – SHE DAZZLE, jenama pakaian dan assesories yang terkenal di Malaysia, telah melancarkan koleksi tudung terbaharu mereka yang diberi nama SHESCARVES pada hari Jumaat 29 December 2023 di Ampang Glasshouse Kuala Lumpur.

She Dazzle melancarkan koleksi skaf terbaharu ini dengan membawa tema ‘kebebasan dan kasih sayang. Di dalam acara yang gemilang itu, She Dazzle juga memperlihatkan logo baharu berbentuk rama-rama yang membawa erti keindahan warna, kelembutan dan kasih sayang.

Jenama She Dazzle ini sentiasa berada dipasaran dengan koleksi terkini dan harga setiap koleksi pakaian dan assesories juga berpatutan serta dilihat sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen dan mendapat sambutan yang menggalakan dari para pelanggan.

Shescarves diperkenalkan dengan monogram berbentuk rama rama yang lembut dan menarik telah mengindahkan lagi penampilan tudung tersebut.

Apa yang lebih menarik tentang She Dazzle ini adalah reka bentuk monogram yang diilhamkan daripada logo She Dazzle iaitu berbentuk rama-rama. Koleksi SHESCARVES ini dijual pada harga RM49.00 sehelai iaitu harga yang sangat berpatutan.

Potongan tudung dengan monogram kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok. Berukuran 45×45 inci dan memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love.

Setiap reka bentuk didatangkan dalam 3 kombinasi kod warna yang berbeza dan dinamakan sempena spesis rama-rama. Antaranya:

Hope

1) Monarch
2) Speckled Wood
3) Pink Acraea

Love

1) Snowberry Checkerspot
2) Grizzled Skipper
3) Swallowtail

Freedom

1) Green Hairstreak
2) Cattlehearts
3) Purple Emperor

Di dalam pelancaran Koleksi SHESCARVES Oleh SHE DAZZLE ini, penyanyi tanah air terkenal iaitu Datin Alyah dijemput khas untuk menyerikan majlis pelancaran ini.

Datin Alyah juga turut memperagakan tudung SHESCARVES bagi merancakkan lagi acara di Ampang Glasshouse tersebut.

Ditanya mengenai perancangan beliau dimasa akan datang, Datin Alyah berkata, mungkin akan mengadakan konsert terlebih dahulu kerana ramai artis terkenal sudah mula mengadakan showcase.

Mungkin perancangannya akan diadakan pada pertengahan tahun. Katanya selepas pelancaran tudung dari jenama She Dazzle.

Latar Belakang Pemilik She Dazzle

She Dazzle diasaskan oleh Zarawani Salim pada tahun 2011, dengan memulakan perniagaan di kampung halamannya Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen Mesra Hijab.

Seterusnya, pada tahun 2020 beliau melebarkan empayar bisnes di Kuala Lumpur dengan membuka butik dengan konsep tersendiri. She Dazzle memfokuskan perniagaan dengan harga berpatutan dan koleksi gaya terkini serta berkualiti untuk memastikan kegembiraan para pelanggan.

Rama-rama menjadi simbol dan singkatan kepada logo She Dazzle yang melambangkan struktur yang diilhamkan sebahagian besar jenama ini. Selain itu, ia juga merupakan simbolik pujian dan keindahan setiap Wanita.

She Dazzle sentiasa menawarkan kualiti dan kepuasan pelanggan mengikut peredaran fesyen semasa dengan falsafah reka bentuk “ A wardrobe of the trendsetter” sesuai dengan gaya DAZZlings yang dibawa.

Kegembiraan pelanggan menggayakan setiap koleksi She Dazzle tidak kira pakaian mahupun skaf, ia merupakan pencapaian terbaik yang diinginkan. Selepas 12 tahun dalam bidang fesyen, She Dazzle kini menjadi pilihan setiap wanita yang ingin nampak bergaya mengikut peredaran feyen dengan harga yang mampu milik.

Koleksi She Dazzle boleh dilihat di:

Instagram : https://www.instagram.com/she_dazzle/ –
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@she_dazzle?lang=en

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

10 Perniagaan Paling ‘Trending’ Di Malaysia 2023