Kuala Lumpur, 29 Ogos 2023,8.25 pm. Buat anda yang masih kabur dan keliru serta tiada pilihan tetapi ingin mulakan perniagaan, syabas diucapkan. Anda berada di tempat yang betul untuk meneruskan kehidupan dan akan terus berkerjaya walaupun tidak didalam bidang yang sama seperti dahulu. Anda telah mulakan langkah pertama bagi mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dengan memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan. Sebut sahaja perkataan “berniaga” pasti akan membuatkan ramai orang di luar sana merasa kagum. Bagi mereka, berniaga merupakan satu pekerjaan yang membawa pulangan yang besar. Perkara tersebut tidak boleh dinafikan. Sesebuah perniagaan itu akan berjaya membawa pulangan yang sangat memuaskan jika kena dengan cara dan tekniknya serta bermentorkan individu yang tepat. Berniaga seperti mudah untuk disebut dan didengar. Tetapi tahu kah anda bahawa terdapat berbagai risiko yang harus dihadapi seandainya tidak berjaya mahu pun setelah Berjaya. Oleh itu, amatlah perlu bagi setiap orang yang ingin berniaga mempelajari cara-cara untuk menjalankan perniagaan dengan betul dan mempunyai pengetahuan di dalam mencari peluang dan ruang untuk mengetahui apakah jenis perniagaan yang di gemari oleh pasaran didalam negara mahu pun diluar negara.

Mari kita lihat 10 Jenis perniagaan yang menjadi ‘Trending’, dan sesuai untuk diceburi buat masa ini.

1. Fesyen: Kerajaan Malaysia meneruskan komitmen membantu usahawan fesyen Bumiputera dengan fokus dalam meningkatkan nilai keusahawanan dengan menggabungkan usaha pemasaran jenama melalui e-dagang dan media sosial serta transaksi di kedai. Menjual produk fesyen tempatan melalui internet tanpa perlu risau tentang kos operasi seperti penyewaan premis dan simpanan stok. Dengan adanya aktiviti beli-belah dalam talian maka banyak perkara dapat dijimatkan. Industri fesyen Malaysia sedang berkembang pesat dan dibuktikan dengan acara fesyen kelas dunia yang diadakan di Kuala Lumpur setiap tahun, menghasilkan peluang keemasan untuk pereka fesyen dan penggemar fesyen di seluruh negara.

2. Makanan; Makanan ringan seperti ais krim, yogurt, kek dan pastri adalah salah satu daripada jenis perniagaan yang sedang berkembang di Malaysia pada hari ini. Oleh itu, perniagaan makanan ringan amat memberikan peluang besar kepada perusahaan besar dan kecil, di mana ia juga jenis perniagaan yang boleh diusahakan di rumah tanpa memerlukan modal yang besar. Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai bangsa dan budaya. Jenis makanan ringan yang dijual di Malaysia adalah sesuai untuk semua peringkat usia dan sesuai untuk di perkenalkan kan kepada pelancung dari luar negara.

3. Sektor Pelancongan: Jumlah ketibaan pelancong asing ke negara ini mencatatkan lebih 5.5 juta setakat September 2022, menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia (TM) Datuk Zainuddin Abdul Wahab. Untuk tahun 2023, kita menyasarkan kunjungan sebanyak 9.2 juta pelancong asing dan Insya-Allah melalui kerjasama semua pihak sasaran untuk tahun ini akan tercapai. Malaysia merekodkan kedatangan pelancong asing seramai 4.5 juta setakat suku pertama tahun ini, kebanyakannya dari negara ASEAN, sekali gus menyaksikan perkembangan positif industri pelancongan negara. Sebagai hab perniagaan, Malaysia menerima kemasukan pelancong serta peniaga asing yang tinggi. Ia secara tidak langsung memberikan peluang besar untuk agensi pelancongan berkembang. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan bermodal rendah, menubuhkan agensi pelancongan adalah satu pilihan yang bijak.

4. Perkhidmatan Profesional: Memandangkan banyak perniagaan kecil memerlukan perkhidmatan profesional seperti simpan kira pada peringkat asas operasi mereka, golongan professional yang mempunyai latar belakang akauntan atau perakaunan mempunyai peluang besar di hujung jari mereka. Dengan perkembangan perusahaan kecil baru muncul, pengusaha perkhidmatan perniagaan hari ini mempunyai pasaran yang semakin meluas untuk memenuhi keperluan peniaga-peniaga baharu. Tidak dinafikan bahawa mengunakan khidmat luar lebih menjimatkan wang berbanding mengajikan pekerja sepenuh masa. Apabila anda mengunakan khidmat luar atau khidmat profesional, anda bukan hanya boleh menentukan tempoh kerja atau jumlah projek yang anda perlukan, anda juga dapat mengelakkan perbelanjaan pekerja dan perkara-perkara seperti faedah, latihan, ruang kerja dan lain-lain. Khidmat profesional melegakan keperluan tersebut. Ini bermakna anda bebas untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

5. Perniagaan Dalam Talian: Melalui perniagaan dalam talian dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Internet akan sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan manusia selama dua puluh empat jam sehari. Perniagaan dalam talian juga tidak membataskan perkara- perkara seperti budaya, bangsa , negara , sempadan , jarak dan masa. Dalam penggunaan internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan dalam talian , kita juga memerlukan beberapa aspek sokongan untuk berjaya dengan lebih cepat dan berkesan. 47 peratus rakyat Malaysia membeli produk melalui telefon pintar dan jumlah ini adalah tinggi untuk negara membangun. Ini membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia mula menyedari peluang besar dalam industri ini. Pelajar dan graduan kolej memperoleh keuntungan lumayan dari pelbagai perniagaan dalam talian seperti menjadi ejen atau ‘dropshipper’, menawarkan perkhidmatan seperti pemasaran sekutu (affiliate) dan penulisan blog secara profesional.

6. Francais: Francais adalah kaedah pemasaran dan pengedaran berdasarkan hubungan dua pihak iaitu francaisor (pemilik dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak). Francais membolehkan anda menggunakan jenama atau produk syarikat bereputasi serta mengamalkan prosedur operasi piawai mereka. Sokongan yang diberikan oleh pemberi francais mungkin menjadi faktor yang membantu anda untuk mengambil langkah pertama dalam perniagaan. Memulakan perniagaan adalah proses yang panjang dan mencabar, terutamanya tanpa bantuan kewangan dan pengalaman. Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk memulakan perniagaan adalah dengan menggunakan jenama pihak lain. Di Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menerajui pembangunan industri francais Malaysia. Francias ditubuhkan untuk membantu pelaksanaan program kerajaan bagi mempromosikan keusahawanan dan menggalakkan para usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan untuk mencuba kaedah francais.

7. Perkhidmatan Pengangkutan Awam: Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau institusi pendidikan. Pelanggan kini mempunyai informasi yang lebih mendalam dalam pelbagai aspek sebelum mendapatkan sebarang jenis perkhidmatan. Mereka mempunyai pilihan tersendiri dan isu keselamatan yang tidak dapat dipenuhi dengan sistem perkhidmatan teksi yang lama. Ini terbukti dengan tinjauan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang menunjukkan 76.4 peratus daripada 9,026 responden memilih untuk mengambil ‘E-Hailing’ berbanding perkhidmatan teksi konvensional. Malah perkhidmatan pengangkutan salah satu kemudahan yang paling menerima permintaan tinggi di Malaysia.

8.. Pembaikan Telefon Pintar dan Komputer: Salah satu faktor yang paling utama dalam kemajuan teknologi adalah penggunaan telefon pintar dan komputer peribadi. Menurut Statista.com, jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia pada tahun seterusnya mulai sekarang dijangka mencecah 19.9 juta dan laman web wearesocial.com melaporkan bahawa 70 peratus rakyat Malaysia memiliki komputer riba atau desktop. Ini bermakna peluang besar menanti mereka yang mampu menyelesaikan masalah dengan peranti ini, menjadikannya tiket emas untuk membuat keuntungan lumayan. Memasang Sistem Telefon IP yang diperlukan untuk setiap Perniagaan juga salah satu fungsi untuk perniagaan ini. Perkara penting dalam pembaikan komputer adalah mencari punca kegagalan. Lebih tepat lagi, ini adalah pekerjaan yang paling penting. Oleh itu para peniaga yang menjalankan perkhidmatan pembaikan telefon pintar dan PC berpeluang untuk menjana pendapatan yang lumayan.

9. Perkhidmatan Kewangan Mikro: Perniagaan baru terutama kecil muncul setiap hari di Malaysia dan memerlukan pembiayaan untuk berkembang dalam jangka panjang. Biasanya, dana diperoleh dari bank dan institusi kewangan mikro, menjadikan perbankan pembiayaan mikro sebagai peluang perniagaan yang besar bagi pelabur. Individu memiliki latar belakang perbankan dan kewangan adalah operator yang berpotensi terutama apabila mereka mempunyai modal permulaan secukupnya. Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing. Skim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru. Ini bermakna, selagi terbitnya para usahawan baru maka perkhidmatan kewangan Mikro akan sentiasa di perlukan. Oleh itu para peniaga yang memilih bidang ini sebagai perniagaan mereka, akan memperolehi pulangan yang memuaskan.

10. Minyak dan Gas: Industri minyak & gas sering dianggap sebagai perusahaan bernilai jutaan ringgit. Bagaimanapun, dengan beberapa ribu ringgit sahaja, anda layak menjadi peruncit untuk pelbagai produk minyak dan gas seperti gas asli dan minyak tanah. Bagi mereka yang mempunyai jumlah belanjawan yang tinggi untuk melabur, membuka stesen pengisian akan menjadi permulaan terbaik. Industri Minyak & Gas (O&G) Malaysia yang terus berkembang memberikan suatu jaminan kelebihan dan peluang pasaran yang kuat untuk perniagaan. Ia terus menjadi sektor penting bagi ekonomi Malaysia, menyumbang 20.0 peratus kepada KDNK tahunan. Subsektor perkhidmatan O&G meliputi industri huluan (perkhidmatan pelantar minyak dan gas), pertengahan (pengangkutan dan penyimpanan), dan penyelenggaraan jentera dan peralatan. Pada tahun 2021, industri ini mencatatkan sejumlah 9 projek diluluskan yang bernilai RM312.4 juta. Projek-projek ini menghasilkan sejumlah 264 peluang pekerjaan dan dan sudah tentu akan memberi pendapatan yang tinggi kepada sesiapa yang menceburi bidang perniagaan ini.

#PrezCom