Warga Asing Menguasai Jalan Silang Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 26 December 2023, 5.00 petang – TIGA anggota polis ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kes kecurian wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu, di sini, yang diserbu dalam Operasi Khas (Op Khas) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khamis lalu. Dalam kes itu, pihak polis telah menahan ketiga- tiga anggota polis tersebut yang berusia antara 26 hingga 35 tahun yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.36 tengah malam pada 22 Disember lalu. Semua suspek terbabit ditahan selama empat hari bermula semalam hingga 26 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Allaudeen menasihatkan supaya orang awam tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran orang ramai. Kes tersebut masih di dalam siasatan pihak polis dan masih menunggu tindakan selanjutnya.

Terdahulu, satu laporan polis mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak 22 December yang lalu. Semua akhbar tempatan telah melaporkan seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi di ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang, di sini, Khamis lalu.

Operasi bermula 11 pagi itu disertai 1,138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) membabitkan Bridged Tengah PGA, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis tidak akan melindungi pegawai dan anggota yang dipercayai terbabit dengan kes kecurian wang tunai berjumlah RM85,000 ketika di Lebuh Pudu, di sini, yang diserbu dalam Operasi Khas Khamis lalu.

Pihak polis juga mendapat perintah sambung reman ke atas ketiga-tiga anggota terbabit sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan seterusnya.

Ayob menegaskan bahawa, pihaknya akan terus membuat siasatan selepas menerima maklumat insiden membabitkan tiga anggota dan menahan kesemua mereka. Tidak akan ada tolak ansur jika ada pegawai yang ditahan dan dituduh, polis akan menjalankan siasatan. Jadi tiada isu hendak lindungi pegawai atau anggota polis yang membuat kesalahan.

Kejadian itu tidak akan melemahkan pihaknya untuk menjalankan operasi terhadap penempatan warga asing. Menurut Ayob lagi, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek ditahan selama empat hari bermula 23 sehingga 26 Disember.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

WARGA ASING PUN PERLU MAKAN NASI SEPERTI ORANG MALAYSIA