Kuala Lumpur , 19 September 2023 , 3.30 petang.
Susulan dari cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh untuk menghadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing berikut kenaikan harga, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu menjawab, warga asing juga memerlukan pengambilan beras sama seperti orang lain di negara ini. Warga asing juga perlu makan. Katanya.
Dalam sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini, Muhammad Sabu telah menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari parti Perikatan Nasional. Wan Ahmad Kamal bertanya kepada beliau adakah kerajaan akan melarang jualan beras putih tempatan kepada warga asing yang bekerja di negara ini.
Muhammad Sabu berkata, kekecohan yang berlaku sekarang adalah pembelian panik oleh rakyat berikutan harga beras import telah naik harga dipasaran. Walau bagaimana pun Mat Sabu berkata , bekalan beras putih tempatan akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi. Ia merupakan kekurangan beras tempatan buat sementara waktu sahaja.
Apabila beras import telah naik harga, barulah rakyat mencari beras tempatan sedangkan sebelum ini beras putih tersebut tidak diperdulikan langsung oleh rakyat termasuk lah para peniaga. Pada tahun 2008 dan 2014 terdapat juga isu kekurangan beras putih dipasaran tempatan namun dapat diatasi dengan segera.
Malaysia mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan iaitu 250,000 tan stok simpanan dan 650,000 tan bagi stok dagangan yang mencukupi bagi menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Menurut Mat Sabu lagi, buat masa kini tiada keperluan untuk menggunakan stok yang sedang disimpan kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan itu masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik. Kerajaan kini sedang berusaha untuk meningkatkan 80 peratus pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran Kadar Sara Diri (SSR). “Antara inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan adalah, pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang diperluaskan dengan menyasarkan pelaksanaan program di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan bagi setiap hektar,” katanya.
#PrezCom