
Kuala Lumpur, 22 December 2023 16:56 – KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada Isnin lalu.
Menurut sumber, tujuan penyitaan adalah bagi menjalankan siasatan mengenai harta individu yang juga seorang tokoh koperat dipercayai Tun Daim Zainuddin.
Sitaan harta tak alih itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib dan ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebelum disiarkan di ruangan akhbar Utusan Malaysia.
Sumber SPRM ketika dihubungi, berkata, bangunan itu turut menempatkan pejabat tokoh korporat berkenaan, disita di bawah Akta SPRM 2009. Penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 itu disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian hari ini.
Antara lain- lain sebab penyitaan bangunan Menara Ilham pada Isnin lalu dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.
Siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Pada Mei lalu, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.
Siasatan itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Jadilah Sebagai Pelapor Rasuah. Bukan Sebagai Penerima Atau Pemberi Rasuah.