Kuala Lumpur, 16 December 2023, 9.00 malam – PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada keperluan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri seperti dicadangkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Selepas kemerdekaan negara sehingga kini Perdana Menteri Malaysia hanya terdiri dari orang Melayu baik dari kerajaan mahu pun dari pembangkang. Apa yang perlu dijaga adalah kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah.
Anwar juga menyarankan supaya menjaga kewarganegaraan dan hak rakyat jadi terus maju kehadapan. Langkah itu katanya dapat menoktahkan pertikaian berhubung isu berkenaan seperti dibangkitkan veteran DAP Lim Kit Siang, baru-baru ini.
Anwar meminta semua pihak tidak menjadikan keadaan lebih buruk dan meminta pembangkang supaya tidak melaga-lagakan rakyat sebaliknya meminta supaya pembangkang berkerjasama memberi idea untuk mengangkat ekonomi negara dan mengurangkan beban rakyat.
Anwar menggesa pembangkang mencari isu lain dan jangan hanya mencari gaduh untuk mengeruhkan keadaan. Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kes Covid-19 dalam negara tidak serius tetapi orang ramai diminta berwaspada dengan menjaga kesihatan.
Dua hari lepas, Ketua Pemuda BERSATU Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata Perdana Menteri memerlukan sokongan besar untuk meminda Perlembagaan termasuk lima Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan kepadanya.
Perkara ini berbangkit setelah Veteran DAP Lim Kit Siang memberi keterangan kepada polis susulan kenyataan kontroversi “tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi perdana menteri”. Perkara ini telah menimbulkan keresahan kepada beberapa pihak.
Dalam perkembangan yang sama, Presiden AMANAH Datuk Seri Muhamad Sabu membidas pihak yang sengaja memainkan sentimen orang bukan Melayu boleh diangkat sebagai Perdana Menteri di negara ini. Beliau berkata, perkara itu sengaja dibangkitkan untuk mewujudkan persepsi negatif kepada kerajaan.
Mohamad Sabu berkata, orang Melayu masih majoriti di negara ini, jadi kenapa hendak bincang hal itu. Jadi tidak ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan hanya semata-mata untuk mengesahkan kelayakan jawatan Perdana Menteri hanya untuk orang Melayu atau Bumiputera Islam saja.
Perdana Menteri sekarang akan kekal memegang jawatan untuk lima tahun dan kita akan terus menyokongnya. Namun, saya yakin ada lagi yang akan menyokong Anwar,” katanya tanpa mendedahkan jumlah dan nama pembangkang yang akan memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Kebebasan Bersuara di Jamin di Perlembagaan Namun Bukanlah Hak Mutlak