
14/2/2023
Terbaru hari ini satu sidang media diadakan yang mendakwa “Kerajaan PH-BN dikatakan menggunakan kuasa dan mempergunakan agensi-agensi penguatkuasaan bukan untuk menjaga rakyat tapi untuk menjaga diri sendiri dan kerajaan sendiri”. Ini adalah satu dakwaan yang serious yang dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan beliau menegaskan lagi, katanya: ” ada notis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang memanggil individu tertentu untuk siasatan dan ini termasuklah terhadap aktivis dan ahli dewan rakyat,” beliau menambah lagi “notis itu juga meminta kata laluan dan maklumat berkaitan bagi mengakses akaun facebook”
Sidang media ini dibuat bagi menafikan kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang memberitahu Dewan Rakyat pagi tadi bahawa kerajaan tidak pernah menyekat atau meminta mana-mana platform media sosial untuk menyekat penggunanya. Mungkin ada diantara dakwaan Wan Saiful Wan Jan itu ada benarnya kerana beliau telah membawa dan menunjukkan bukti pada sidang media yang diadakan tadi cuma sudahkan Wan Saiful juga menyiasat tentang hantaran-hantaran atau jenis-jenis kandungan yang buat oleh aktivis-aktivis dan ahli dewak rakyat yang telah mendapat notis tersebut. Sekiranya kandungan, ciapan atau hantaran yang dibuat sememangnya membawa mudarat, musibah dan fitnah adakah jenis-jenis kandungan ini patut dibiarkan tular begitu sahaja atas nama ‘kebebasan bersuara’? dan adakah SKMM tidak lagi boleh membuat siasatan sekiranya terdapat dakwaan dan laporan? Adakah ini bentuk kebebasan bersuara yang parti BERSATU idamkan?
Selain itu tidakkah Wan Saiful juga tahu sememangnya terdapat larangan-larangan di media sosial ataupun penyedia-penyedia platform terhadap jenis-jenis kandungan tertentu dan larangan ini dibuat untuk kebaikan. Ini juga selaras dengan janji Fahmi Fadzil yang menyatakan tindakan tapisan sebegini dibuat untuk menjaga perpaduan rakyat.
Contohnya:
Facebook sendiri melarang kandungan berunsur lucah, adegan ranjang dan seksual, ganas melampau, ucapan kebencian, ancaman dan spam. Untuk maklumat lanjut Wan Saiful juga boleh merujuk kepada Piawaian Komuniti Facebook. Sementara Google pula melarang penggunanya bersikap menjengkelkan dan keji dengan memperkenalkan ‘Google Code of Conduct’ atau ‘Tatakelakuan’ ketika berada di semua platform Google. Sudah tentu ‘Code of Conduct’ ini dikeluarkan untuk kebaikan penggunanya sepertimana ‘tagline’ Google iaitu ‘don’t be evil’.
Kita tahu sebgai rakyat Malaysia kebebasan bersuara terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan merupakan kebebasan asasi yang diberikan kepada semua warganegara tetapi adakah apabila kita diberikan kebebasan bersuara maka kita bebas mengeluarkan apa juga buah fikiran dan pendapat semahunya sehingga kita tidak lagi memikirkan soal keselamatan, perpaduan, prinsip moral, kenteteraman awam, hasutan serta kedaulatan negara.
Sememangnya hak bersuara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dijamin didalam Perlembagaan tetapi kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak dan terdapat sekatan-sekatan tertentu juga dibawah Perlembagaan yang harus kita tahu dan patuhi seperti menurut Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan, rakyat Malaysia dilarang untuk mempersoalkan isu kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan raja-raja.
Hak bersuara kita sebagai rakyat Malaysia sememangnya dijamin selagi mana kita tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. Jadi jangan terlalu cepat melatah apabila ditegur atau disiasat. Sekiranya tidak bersalah apa yang perlu ditakutkan?
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#TekadBantuRakyat
#MalaysiaMadani
#Prezcom